Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gencatan Senjata Bermula Hari Ini, AS Dan Perancis Pastikan Perjanjian Dituruti

Perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hizbullah hasil perantaraan Amerika Syarikat (AS) dan Perancis bermula dikuat kuasa pada Rabu, 4 pagi waktu tempatan.

Memetik laporan Agensi Anadolu, di bawah perjanjian itu, Angkatan Bersenjatan Lubnan akan ditempatkan ke selatan Lubnan dalam tempoh 60 hari, manakala Israel secara beransur-ansur akan mengundurkan baki tenteranya.

Gencatan senjata antara Israel dan Hizbullah bermula hari ini

Gencatan Senjata Bermula

Dalam pada itu, media turut melaporkan perjanjian itu juga memerlukan Hizbullah memindahkan tenteranya ke utara Sungai Litani.

Dalam pada itu, Presiden AS, Joe Biden menegaskan walaupun tiada kehadiran tentera Amerika di Selatan Lubnan, pihaknya bersama Perancis akan memastikan perjanjian itu dilaksanakan sepenuhnya dan berkesan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“AS bersama Perancis dan pihak lain akan menyediakan bantuan yang diperlukan untuk memastikan perjanjian ini dilaksanakan sepenuhnya dan berkensa.
“Orang awak di kedua-dua pihak tidak lama lagi akan dapat kembali dengan selamat ke komuniti masing-masing dan memulakan proses membina semula rumah, sekolah, ladang, perniagaan serta kehidupan mereka,” kata Biden.

Sementara itu, dilaporkan 5,000 hingga 10,000 anggota tentera Lubnan akan dikerahkan di kawasan antara sempadan Israel-Lubnan dan Sungai Litani.

Gencatan Senjata Bermula

Langkah ini bertujuan menghalang pengukuhan semula kumpulan bersenjata, selaras dengan Resolusi 1701 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kementerian Kesihatan Lubnan melaporkan sekurang-kurangnya 55 orang terbunuh akibat serangan Israel pada Isnin, menjadikan korban sejak Oktober 2023 kepada 3,823 orang.

Sebanyak 160 orang lagi cedera dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan kecederaan kepada 15,859.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Agensi Anadolu

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Lokal

Bapa kepada pelatih industri yang maut ketika menjalankan kerja pembersihan tangki air di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh menyifatkan pemergian anaknya sebagai satu kehilangan...

Sosial

Video seorang lelaki dipercayai suami yang terjerit-jerit di hadapan sebuah restoran makanan segera, tempat isterinya bekerja tular di media sosial sehingga mengundang kecaman netizen....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd