Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Padah Komen Perkauman, Pemain Hoki Wanita Digantung Wakili Negara

Angkara komen berbaur perkauman, pemain hoki wanita negara, Hanis Nadiah Onn digantung daripada menyertai mana-mana pertandingan antarabangsa untuk mewakili negara termasuklah temasya Sukan SEA Kemboja 2023, yang bakal berlangsung Mei ini.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat antara Jawatankuasa Siasatan Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), 7 Februari lalu yang didapati pemain itu bersalah.

“Hasil daripada sesi temubual dan selepas memperhalusi beberapa dapatan lain berhubung isu berkenaan, Jawatankuasa Siasatan merumuskan bahawa Hanis memuatnaik ciapan komen yang berbaur perkauman kerana komen itu ditujukan kepada konsert dihadiri majoriti kaum India.
“Sehubungan itu, jawatankuasa mendapati Hanis bersalah sebagai individu kerana membuat kenyataan atau komen secara terbuka di akaun media sosial miliknya yang menjurus kepada menghina, mengutuk atau mencaci sesuatu pihak lain,” ujar kenyataan tersebut.

Difahamkan, komen yang dilakukan oleh Hanis telah menyebabkan kegusaran, salah faham dan kemarahan oleh pihak yang lain dan secara tidak langsung telah melanggar kod etika KHM.

Terdahulu, Hanis mengakui telah memuat naik sebuah komen ‘bau best la kat dalam tu’ beserta emoji ketawa di sebuah hantaran yang dimuat naik oleh sebuah portal.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Hanis turut menegaskan komen tersebut tidak ditujukan kepada sentimen perkauman dan hanya sekadar jenaka apabila melihat keadaan stadium yang dipenuhi ramai penonton.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Thani)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd