Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Gara-Gara Elak Ditahan JPJ, Lelaki Sanggup Lari Tinggalkan Tunang

Gara-gara mahu mengelak dari pemeriksaan sekatan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang lelaki yang menghentikan motosikalnya secara mengejut tergamak meninggalkan tunangnya yang terjatuh ke atas jalan raya.

Menurut laporan Harian Metro, Pengarah JPJ negeri, Adenan Md Isa berkata, lelaki itu dipercayai takut ditahan pihak berkuasa kerana tidak mempunyai lesen atau tiada cukai jalan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Butterworth malam tadi.

Adenan berkata, lelaki yang menunggang Yamaha LC135 itu pada mulanya diarahkan membuat lencongan untuk diperiksa sebelum melakukan pusingan U dan terus memecut laju.

Foto: Harian Metro/Danial Saad

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lelaki itu mungkin terkejut dan ketika dia membrek, pemboncengnya yang juga wanita terjatuh dan mengalami kecederaan ringan di tapak tangan.
“Ketika kami mengarahkannya membuat lencongan untuk pemeriksaan lanjut, lelaki itu terus membuat pusingan U dan memecut dengan meninggalkan wanita itu.
“Wanita itu mengakui lelaki berkenaan tunangnya dan mereka dalam perjalanan dari Seberang Perai ke pusat bandar,” katanya.

Menerusi perkongsian seorang pengguna @amirulainul4788, video rakaman kejadian tersebut dipercayai tular di aplikasi TikTok sehingga meraih 291,700 tontonan dalam kalangan netizen.

@amirulainul4788

♬ Just A Kiss (Muah) – Enisa

Sementara itu, wanita berusia 20-an berkenaan bagaimanapun tidak ditahan kerana tidak melakukan sebarang kesalahan tetapi bertindak menghilangkan diri tanpa sempat diberikan rawatan awal.

Sumber: Harian Metro (Siti Aminah Mohd Yusof), TikTok @amirulainul4788

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd