Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Gagal Hadir Majlis Perkahwinan, Peguam Tuntut Pampasan Kasut Koyak

Seorang peguam di Uttar Pradesh, India menuntut pampasan daripada seorang pekedai selepas gagal menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya kerana sepasang kasut yang dibeli di premis berkenaan koyak.

Memetik portal Ary News, dia dikenali Gyanendra Bhan Tripathi yang bekerja sebagai peguam, menghantar surat tuntutan kepada penjual tersebut, Salman Hussain pada 19 Januari lalu.

Berdasarkan dokumen tuntutan, Tripathi berkata, dia gagal menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya kerana kasut yang dibeli di kedai Hussain koyak selepas enam hari.

kasut koyakArtikel lain: Dr Zakir Naik Serah Semua RM1.52 Juta Wang Menang Saman Fitnah Kepada Palestin

Menurut Tripathi, dia membeli kasut itu pada 21 November 2023. Hussain memberi jaminan bahawa kasut itu adalah daripada jenama terkenal dan mempunyai jaminan selama enam bulan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, kasut itu tidak tahan seminggu sehingga menyebabkan Tripathi tidak dapat menghadiri majlis perkahwinan abang iparnya.

Dedah Tripathi, dia mengalami tekanan mental akibat peristiwa tersebut dan terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital di Kanpur.

kasut koyak

Dalam maklum balasnya, Hussain mengaku Tripathi membeli kasut tersebut dari kedainya tetapi menafikan tuduhan dia berbohong bahawa kasut itu daripada jenama terkenal.

Tambah Hussain, Tripathi membeli kasut itu pada harga diskaun 50 peratus dan jaminan yang diberikan meliputi tapak kasut dan bukan kerosakan lain.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: India Today (Rishabh Sharma)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd