Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Gagal Dapat Pingat, Rakan Senegara Tuduh Atlet Heptatlon Wanita India Sebagai Lelaki

Atlet heptatlon wanita India berang dan telah menafikan dakwaan sebagai transgender selepas menerima tuduhan daripada atlet saingan yang juga rakan senegara.

Rakan atlet heptatlon wanita India senegara tuduh sebagai lelaki

Memetik laporan dari Daily Mail, Nandini Agasara dari India yang telah memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia tahun berjaya memperoleh 5,712 mata dalam sukan yang melelahkan tersebut. 

Atlet heptatlon wanita India

Atlet heptatlon wanita India padam ciapan

Walau bagaimanapun, kemenangan Agasara telah diburukkan oleh, Swapna Barman, 26 tahun yang turut bersaing untuk India, namun hampir terlepas kedudukan podium selepas memperoleh 5708 mata.

Dia telah memuat naik ciapan di aplikasi X seolah-olah menuduh Agasara sebagai seorang transgender sebelum memadam kenyataan tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Saya telah kehilangan pingat gangsa Sukan Asia kepada wanita transgender pada Sukan Asia ke-19 yang berlangsung di Hangzhou, China,”
“Saya mahu pingat saya kembali kerana ia bertentangan dengan peraturan olahraga kita. Tolong bantu saya dan sokong saya. #protesforfairplay,” tulisnya.

Atlet heptatlon wanita India

Tegaskan dirinya wanita

Walaupun tidak menyatakan secara terus bahawa individu berkenaan adalah Asagara, namun pemenang pingat gangsa berkenaan sangat berang dan menegaskan bahawa dia merupakan wanita tulen dalam temubual bersama India Today.

Ujarnya, dia akan membawa perkara tersebut kepada pihak Persekutuan Olahraga India (AFI).

“Saya tahu siapa diri saya. Minta dia tunjukkan bukti. Saya sudah menunjukkan yang saya memenangi pingat untuk India. Saya hanya mahu buat yang terbaik buat negara
“Sekarang kami telah menangi. Orang ramai mulai bercakap mengenainya. Saya akan menangani isu ini kepada pihak AFI.
“Saya juga mahu menikmati detik bahagia memenangi pingat tetapi perlu kembali ke India kerana ibu saya tidak sihat,” ujarnya.

Atlet heptatlon wanita India

Untuk rekod, acara heptatlon wanita telah didominasi oleh atlet China apabila memenangi emas serta perak dan diikuti Agasara untuk gangsa.

Sumber: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Media sosial Thailand kecoh pada 11 Jun apabila pewaris jutawan, Psi Scott, menjadi tumpuan selepas menghadiri sidang media di luar mahkamah yang berlangsung dalam...

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd