Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Gagal Berbincang Dengan Pengurusan, Brendan Gan Luah Kecewa Tinggalkan Selangor FC

Bekas kapten Selangor FC, Brendan Gan luah rasa kecewa kerana terpaksa tinggalkan kelabnya itu selepas telah bersama selama empat musim.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Brendan berkata kegagalan melakukan perbincangan bersama pihak pengurusan untuk melanjutkan kontrak menjadi antara salah satu faktor dia terpaksa meninggalkan Skuad Gergasi Merah.

View this post on Instagram

A post shared by B R E N D A N. G A N (@brendangan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Kehidupan dalam dunia bola sepak sukar dijangka, mencabar dan banyak peluang yang kita tidak ketahui. Sejak beberapa bulan lepas, saya terfikir mengenai karier saya sepanjang bersama Selangor.
“Saya akui agak kecewa apabila terpaksa meninggalkan pasukan selepas musim yang cemerlang apabila membantu kelab meraih kedudukan kedua Liga Super, layak ke ACL2 dan menjadi empat pemain teratas dengan bantuan jaringan tertinggi,” katanya.

Dalam pada itu, Brendan juga berkata sebelum ini dia berharap dapat berbincang dengan pihak pengurusan Selangor FC untuk meneruskan kontraknya.

Brendan Gan luah kecewa tinggalkan Selangor FC

“Secara jujur, saya berharap dapat berbincang mengenai masa depan di Selangor selepas musim berakhir dan terus membantu pasukan pada tahun 2024.
“Namun, pihak pengurusan tidak memberi ruang untuk berbincang dalam usaha kekal bersama kelab dan saya ucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua,” ujarnya.

Artikel lain: Brendan Gan Sah Tinggalkan Selangor FC

Pemain berusia 36 tahun itu juga mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong Skuad Gergasi Merah disamping menyatakan sokongan mereka sangat bermakna.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terima kasih kepada semua penyokong Skuad Gergasi Merah yang setia. Sokongan anda sangat bermakna dan saya harap anda kekal positif untuk membantu ahli pasukan kelab ini.
“Ia merupakan satu penghormatan bagi saya untuk memimpin pasukan dan kelab ini di dalam dan luar padang,” kongsinya.

Pada masa yang sama, Brendan juga meluahkan dia teruja untuk menempuhi pengembaraan dan cabaran baharu bagi dirinya.

Sekadar info, sejak berkhidmat dengan Selangor pada 2020, Brendan telah membuat 80 penampilan, berjaya menjaringkan 14 gol dan 12 bantuan jaringan.

Difahamkan, khidmat Brendan sudah dirisik beberapa kelab Liga Malaysia dengan pengesahan mengenai masa depannya akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Sumber: Instagram Brendan Gan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Lokal

Di saat orang ramai hanya mampu menjerit dari pesisir pantai, Wira TLDM, Leftenan Komander Mohd Firdaus Arbaain memilih untuk bertindak. Wira TLDM  terima pingat...

Lokal

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku...

Lokal

Selepas lebih empat dekad berkhidmat sebagai jurubahasa isyarat, Tan Lee Bee, 64, akhirnya menerima Bintang Ahli Mangku Negara (AMN) daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd