Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Gadis Sedang ‘Khayal’ Langgar Rider Wanita, Sempat Tukar Urine Dengan Air Biasa

Gadis sedang ‘khayal’ yang tular langgar seorang rider wanita sehingga maut telah ditahan pihak polis untuk membantu siasatan dan diminta menjalani ujian air kencing.

Memetik laporan Detik Sumut, gadis yang bernama Marisa Putri bagaimanapun sempat menukar air kencingnya dengan air biasa sebelum diperiksa oleh pihak polis.

Gadis sedang ‘khayal’ langgar rider wanita sehingga maut

Namun begitu, Ketua Unit Trafik, Pesuruhjaya Pekan Baru Alvin berasa curiga dengan keputusan tersebut lalu menyuruh Marisa untuk membuat ujian itu sekali lagi.

Pada ujian kedua itu, Marisa ditemani dengan pegawai polis dan rupa-rupanya, gadis itu positif menggunakan bahan terlarang, dadah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ujian kedua barulah hasil air kencing dia positif. Kami lihat suspek kelihatan separuh sedar ketika ditahan di lokasi,” kata Alvin.

Akhirnya, Marisa mengaku dia telah mengambil sedikit dadah selepas rakannya menawarkan bahan terlarang itu ketika mereka berada di sebuah kelab malam.

“Suspek mengaku mengambil pik ekstasi dan minuman keras. Beberapa rakannya yang berada di kelab malam itu juga sedang ditahan Unit Narkotik,” ujar Alvin.

Tidak cukup dengan itu, pihak polis turut mendedahkan Marisa akui sudah banyak kali ke kelab malam dan selalunya hanya meminum minuman keras dan jarang sekali mengambil.

“Saya biasanya hanya minum dan jarang ambil pil. Tapi semalam saya dipaksa kawan saya. Saya hanya ambil separuh daripada pil itu,” kata Marisa.

Dalam pada itu, Marisa juga mengakui dia menukar air kencingnya dengan air biasa kerana panik selepas dia diperiksa pihak polis di lokasi kejadian.

Gadis Sedang 'Khayal' Langgar Rider

Sementara itu, gadis berusia 21 tahun itu turut mengakui tidak sedar bahawa dia telah melanggar seseorang sehingga maut pada Sabtu kerana sedang khayal.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Waktu itu saya tengah khayal, panik dan tidak sedar. Semasa diperiksa, saya masih belum sedar,” jelas Marisa.

Katanya, ketika dia meninggalkan kelab malam, dia sebenarnya masih belum sedar sehingga melanggar wanita itu dan menyeretnya sehingga maut.

Manakala, Marisa menjelaskan video tular memaparkan dirinya sedang bermain telefon sebenarnya dia cuba menghubungi rakannya kerana panik dengan kejadian itu.

“Saya tak sangka mangsa dah meninggal. Telefon saya dalam keadaan reset, dan saya tak boleh hubungi sesiapa kerana panik. Lepas tiga jam baru dapat guna telefon untuk hubungi kawan saya,” katanya.

Gadis Sedang 'Khayal' Langgar Rider

Terdahulu, tular video memaparkan seorang gadis yang didakwa melanggar seorang wanita berada dalam keadaan tenang dan selamba bermain telefon pintarnya.

Menurut hantaran yang tular itu, orang ramai menjadi saksi terhadap kejadian tersebut dan berkata gadis berkenaan melanggar rider wanita itu sebelum cuba melarikan diri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, orang ramai berjaya menahan gadis tersebut dari melarikan diri dan memintanya keluar dari kenderaan dan memastikannya tidak meloloskan diri.

Sumber: detik.sumut, detik.sumut, X MyNewsHub

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Sosial

Seorang individu yang juga pakar servis motor meraih perhatian ramai selepas berkongsi momen menyentuh hati ketika membantu ‘rider’ penghantar makanan yang berdepan masalah motor...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd