Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Terbaharu Inspirasi Kisah Benar Ustaz Kazim Terkena Penyakit Misteri – Mawi

Syarikat produksi, Mawi World Entertainment memaklumkan filemnya yang berjudul ‘Zim Zim Ala Kazim’ merupakan inspirasi daripada kisah Datuk Ustaz Kazim Elias yang pernah berdepan dengan penyakit misteri.

Penerbit dan pengarah Mawi berkata, idea untuk menghasilkan filem tersebut bermula menerusi perjumpaan dengan pendakwah tersebut apabila beliau sendiri berkongsikan tentang kisah penyakit misteri yang dialaminya.

Foto: FINAS Malaysia

“la adalah satu kisah mistik dan sebenarnya apa yang dilalui Ustaz Kazim itu, saya juga pernah melalui keadaan yang lebih kurang dengan beliau,” katanya dalam satu kenyataan.

Mawi juga berasa lega apabila Ustaz Kazim bersetuju untuk menghasilkan filem yang mengangkat cerita tentang pengalaman beliau berhadapan dengan penyakit misteri sepanjang beberapa tahun sebelumnya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau diikutkan tidak sukar untuk saya menyakinkan beliau. Dalam perjumpaan kali kedua, beliau ceritakan lebih mendalam dan pada perjumpaan kali ketiga saya turut membawa penulis skrip.

Foto: sukafilem.net|

“Berkenaan dengan jalan cerita pula, kira-kira 70-80 peratus adalah kisah benar yang dipaparkan. Selebihnya saya ada tokok tambah untuk pastikan penceritaannya lebih menarik,” jelas beliau.

Juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) itu juga memberitahu bahawa sinopsis filem tersebut berkisarkan sekumpulan pencari hantu yang sering melakukan aktiviti paranormal.

“Syarat paling utama Ustaz Kazim sendiri mahu menjadi ‘hero’. Pada awalnya, saya dah ada pilihan untuk pegang watak beliau. Namun, beliau sendiri nak lakonkan watak dirinya.

Foto: SuaraMerdeka

“Memang agak terkejut juga, namun saya kagum dengan keberanian beliau untuk berlakon dalam filem ini,” tambahnya lagi.

Untuk makluman, filem ‘Zim Zim Ala Kazim’ akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 13 Jun ini turut dibintangi oleh Bell Ngasri, Anas Tahir dan Shanthesh Kumar dan Mawi sendiri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran (AMP) sebanyak RM1 juta ke atas Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) susulan pelanggaran perlindungan...

Lokal

Syarikat Sin Sing Coffee Sdn Bhd tampil menafikan dakwaan yang mengaitkan mereka dengan penarikan sijil halal susulan isu penggunaan berus bulu babi yang tular...

Sosial

Dua pelajar perempuan berasal dari Korea Selatan mencuri tumpuan warganet apabila memperoleh 10A bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025, termasuk Bahasa Melayu. Menurut...

Nasional

Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong, Pahang, Ruby Adira Batreisya, 17, yang meninggal dunia dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Jalan Ulu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd