Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Filem Abang Adik Wakili Malaysia Ke Oscars

Filem Abang Adik terus mengecapi kejayaan apabila dipilih mewakili Malaysia bagi kategori Filem Cereka Antarabangsa di Anugerah Akademi ke-97 pada Mac 2025.

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) berkata, pemilihan filem arahan sulung pengarah Jin Ong itu dibuat hasil beberapa siri penilaian Jawatankuasa Pemilihan Filem (JKPF) FINAS.

Abang Adik wakili Malaysia ke Oscars

Abang Adik

Mereka terdiri daripada profesional dalam bidang perfileman dan pematuhan syarat-syarat penyertaan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.

“Filem terbitan More Entertainments Sdn Bhd ini menampilkan lakonan hebat Jack Tan dari Malaysia dan Kang Ren Wu dari Taiwan.
Karya ini telah merangkul 19 anugerah antarabangsa – satu pencapaian yang membuktikan filem Malaysia mampu bersaing dan menyerlah di peringkat global,” kata FINAS dalam satu kenyataan pada Khamis.

Antara pencapaian tertinggi Abang Adik ialah anugerah Filem Terbaik di Festival Filem Asia New York (Uncaged Competition ke-22), dan merangkul Golden Mulberry, Black Dragon Critics’ Award, serta White Mulberry Award untuk Filem Cereka Terbaik di Far East Film Festival ke-25 di Udine, Itali.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Filem ‘Abang Adik’ Raih Dua Anugerah Utama Pada MGGA 2024

Malah, filem diterbitkan mm2 Entertainment, Cinema Inutile dan JW SAB & Partners itu turut menerima pengiktirafan di Festival Filem Antarabangsa Fribourg ke-37, Switzerland dan Festival Filem First di China.

Abang Adik

“Filem Abang Adik turut mencatatkan kejayaan luar biasa di China dengan kutipan pawagam mencecah RM2.2 juta setakat 30 Sept selepas mula ditayangkan pada 21 Sept 2024.
“Filem ini mencipta fenomena pada 2023 dengan kutipan pecah panggung sebanyak RM14.6 juta di Taiwan dan RM1.55 juta di Hong Kong, menjadikannya filem Malaysia pertama yang mencatatkan rekod tayangan tertinggi,” ujar FINAS.

Di Malaysia, filem tersebut kemenangan di Malaysia Global Golden Awards (MGGA) 2024 dengan menggondol anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Selepas ditayangkan pada Disember tahun lalu, Abang Adik berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM5.7 juta sekali gus mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada penonton tempatan.
Sumber: Facebook FINAS Malaysia
Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama pencipta kandungan di media sosial, Fendymojo menjadi bualan ramai selepas didakwa jual kek coklat premium bernilai RM39 namun berkulat. Menerusi video tular, wanita...

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Pempengaruh lepas geram membeli barangan kemas buat isteri tercinta selepas dikecewakan atas layanan salah seorang staf di kedai emas sebelum ini. Dia yang juga...

Sosial

Pengasas Pusat Jagaan Tenang Bersama Qadar (TBQ Amal), Herman Sudil meluahkan rasa bengang apabila seorang budak lelaki tujuh tahun di bawah jagaannya didakwa telah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd