Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Fennec Tidak Berada Pada Ketinggian, Haluan Ditetapkan Punca Nahas Helikopter TLDM

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengeluarkan hasil laporan akhir lembaga siasatan berhubung dengan kes nahas dua helikopter tentera laut yang  terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut pada 23 April lalu.

Menerusi satu laporan Free Malaysia Today, TLDM melaporkan punca utama insiden tersebut adalah disebabkan salah satu daripada pesawat itu tidak berada pada ketinggian dan haluan yang ditetapkan.

Foto: FreeMalaysiaToday

“Menerusi yang laporan akhir dikeluarkan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM hari ini, pesawat dinaiki tiga kru itu telah memasuki laluan Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) menyebabkan kedua-duanya bergesel sebelum terhempas,” katanya hari ini.

Laporan lembaga siasatan juga melaporkan bahawa tiada sebarang isu hipoglisemia atau unsur-unsur keletihan terhadap semua kru udara dan didapati tiada penggunaan bahan terlarang.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiada unsur kesihatan mental direkodkan atau dikenal pasti. Kesemua kru udara terlibat disahkan secara perubatan sebagai ‘fit to fly’,” ujarnya.

Sementara itu, turut dilaporkan mangsa nahas yang mengendalikan pesawat Fennec adalah seramai tiga orang, iaitu Muhamad Amir Mohamad, T Sivasutan dan Mohd Shahrizan Mohd Termizi.

“Sebuah lembaga siasatan kemudian ditubuhkan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.
“Laporan interim pada 9 Mei lepas mengesahkan kesemua kru udara yang terlibat dalam nahas itu berada dalam keadaan yang baik untuk mengendalikan pesawat.

Foto: FreeMalaysiaToday

“Kedua-dua helikopter itu turut didapati berada dalam keadaan selamat untuk terbang pada hari kejadian,” tambahnya lagi.

Terdahulu, seramai 10 anggota dan pegawai tentera laut yang terdiri daripada tujuh kru AW139 dan tiga kru Fennec dilaporkan terkorban selepas kedua-dua helikopter TLDM berlanggar kemudian terhempas ketika sedang menjalani raptai lintas hormat bersempena Ulang Tahun TLDM ke-90.

Kesemua mangsa pesawat AW139 adalah Muhammad Firdaus Ramli, Wan Rezaudeen Kamal Wan Zainal Abidin, Mohammad Amirulfaris Mohamad Marzukhi, Muhammad Faisol Tamadun, Noorfarahimi Mohd Saedy, Noor Rahiza Anuar dan Joanna Felicia Rohna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Free Malaysia Today

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd