Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas Jatuh Gaung: Tiada Kesan Brek, Faktor Kecuaian Dipercayai Punca- Polis

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca

Polis percaya faktor kecuaian menjadi punca kemalangan tragis membabitkan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terjunam ke dalam gaung sedalam 61 meter di Kilometer 52 Jalan Kuala Jeneris–Sungai Gawi–Aring (Bukit Kawah), pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abd Wahab berkata, siasatan di lokasi mendapati tiada kesan brek sebelum kenderaan itu menjunam.

Faktor Kecuaian Dipercayai Punca

Beliau berkata SUV berkenaan dipercayai terus menghala ke kawasan jalan terputus sebelum terjatuh ke dasar gaung.

“Hasil siasatan di lokasi kejadian mendapat kelajuan kenderaan juga tidak tinggi berdasarkan serpihan kenderaan yang ditemui di lereng bukit.
“Biasanya jika pemandu memandu laju kenderaan akan melayang sedikit sebelum terjatuh.
“Namun setelah meneliti serpihan kenderaan di lereng bukit, kita yakin kenderaan ini tidak dipandu laju… terus terjunam ke bawah gaung.
“Kita percaya punca kemalangan lebih kepada faktor kecuaian iaitu tidak memberi tumpuan penuh ketika memandu,” katanya ketika dihubungi BERNAMA hari ini.

Sharudin berkata operasi mengeluarkan SUV itu dari gaung mengambil masa hampir empat jam susulan hujan lebat.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurutnya, pemeriksaan turut menemui tapak kamera papan pemuka (dashcam), namun alat kamera tidak dijumpai dan dipercayai tercampak ketika kejadian.

“Operasi membawa naik SUV bermula 2 petang semalam.
“Kenderaan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Terengganu untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya.

Artikel lain: Baju Pengantin Ditemui Dalam SUV, Pasangan Jatuh Gaung Tak Sempat Naik Pelamin 25 Disember

Katanya, banyak tanda amaran dan penghadang konkrit sudah ditempatkan, namun dipercayai ada pihak tidak bertanggungjawab mengalihkannya.

Dalam kejadian Jumaat lalu, pasangan bakal pengantin dari Hulu Terengganu dalam perjalanan ke Gua Musang, Kelantan, sebelum kenderaan mereka terbabas ke dalam gaung ketika melalui laluan yang telah ditutup.

Sebelum itu, jalan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan akibat tanah runtuh susulan hujan lebat.

Sumber: BERNAMA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dikenali sebagai “Minyak Hitam Jalanan”, Abang Usop, berkongsi pengalaman apabila seorang individu yang pernah dibantunya, Dicky Yau, tampil menunaikan janji dengan menyerahkan sebahagian...

Dunia

Syarikat minyak dan gas dari Itali, Eni, dilaporkan menemui satu lagi sumber gas berskala besar di Indonesia menerusi sumur eksplorasi Geliga-1 yang terletak di...

Lokal

Terengganu mencatatkan peningkatan mendadak kes perceraian yang dilihat sebagai petunjuk awal krisis sosial, sekali gus memerlukan tindakan segera dan menyeluruh daripada semua pihak. Ahli...

Lokal

Pempengaruh dan penulis bidang analisis geopolitik, Ahmad Faezal menggesa seorang pengguna media sosial supaya tampil mengemukakan bukti susulan tuduhan mengatakan peserta Global Sumud Flotilla...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd