Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Fahmi Fadzil Cadangkan RTM Buat Program ‘Fitnah Apa Hari Ini’

Menteri Komunikasi Dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil mewakili Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) mencadangkan agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk membuat satu program ‘Fitnah Apa Hari Ini’ dalam salah satu slot beritanya.

Fahmi Fadzil usul cadangan kepada RTM

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, program itu boleh diwujudkan bertujuan untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan tertentu yang kerap tersebar lebih-lebih lagi di media sosial.

“Ada cadangan untuk slot dalam Berita RTM, program (berjudul) Fitnah Apa Hari Ini, jadi ini satu cadangan.
“Kita (KKD) akan bincang nanti. Kita perlu teliti perkara ini,” katanya di Dewan Rakyat.

fahmi fadzil

Cadangan tersebut dikemukan ketika sesi penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) melibatkan kementeriannya di Dewan Rakyat.

Bagi menangkis fitnah yang kerap tersebar

Hal ini susulan daripada usul yang dikemukan Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail  yang mencadangkan agar KKD mewujudkan satu saluran khas untuk menangkis segala fitnah yang kerap tersebar di aplikasi media sosial dan diterima oleh rakyat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kalau boleh orang kampung yang biasa dengar berita dan sebagainya, saya nak cadangkan siaran semak berita firnah supaya cerita fitnah dalam aplikasi tertentu boleh dirujuk dalam satu saluran sahaja,” saran beliau.

fahmi fadzil

Untuk rekod, Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil telah hadir bersama timbalannya, Teo Nie Ching telah hadir ke Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur bagi Pembentangan dan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Sumber: Malaysia Gazette (Muhammad Azizul Osman)

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd