Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Akmal Saleh Minta Kor Ming Faham Sensitiviti Penjualan Arak Di Kawasan Majoriti Muslim

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming memahami sensitiviti penjualan arak di kawasan penduduk majoriti Islam.

Penjualan Arak

Foto: Facebook Akmal Saleh

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Dr. Muhamad Akmal berkata sebagai seorang menteri, Kor Ming tidak seharusnya mudah mengeluarkan kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Yang dicadangkan oleh MBI adalah tiada penjualan arak dikawasan majoritinya muslim, hampir 100 peratus muslim dan bukan menghalang orang bukan muslim nak minum arak.
“Tetapi kalau nak beli dan minum bukan di kawasan majoritinya muslim dan kawasan yang dilarang jual arak ni dengan bandar ipoh yang dibenarkan penjualan arak bukannya jauh sangat.
“Sebab arak ini adalah perkara yang sensitif untuk orang muslim, jadi tiada keperluan untuk menjual di kawasan yang majoritinya adalah muslim,” katanya pada Ahad.

Foto: Malaysiakini

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sebelumnya, Kor Ming menyarankan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengekalkan status quo berhubung isu penjualan minuman keras di kawasan majoriti Islam.

Menurutnya, ketetapan tersebut bagi memastikan keharmonian dan hubungan antara masyarakat berbilang kaum terjamin selain mengelak dijadikan sentimen politik.

Artikel lain: Akmal Saleh Beri Amaran Pemimpin BN Di Sabah, Jangan Lompat Parti Jika Menang PRN

“Dalam hal ini kita nak jaga keharmonian semua. Jadi bagi saya, kita akan kekalkan status quo waktu ini kerana tiada isu pun. Mereka yang tidak boleh minum, jangan belilah dan kita pun tidak boleh larang orang yang boleh minum kerana itu hak dia.
“Jangan lupa juga bahawa premis yang menjual (minuman keras) di mana-mana kawasan pun semuanya ada lesen dan perniagaan itu bukan perniagaan yang tidak sah di sisi undang-undang,” ujar Kor Ming.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Politik

Pendakwah bebas, Zamri Vinoth, mendakwa beliau diikuti dari rumahnya sebelum dikepung oleh sekumpulan individu dalam satu insiden yang tular di media sosial baru-baru ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd