Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

KKM Garis Enam Langkah Utama Tangani Penularan Jangkitan Influenza Di Sekolah

Kementerian Kesihatan (KKM) menyarankan enam langkah utama yang perlu diambil oleh ibu bapa, guru dan pelajar bagi mengekang penularan jangkitan influenza di sekolah.

Menurut laporan Kosmo!Online, menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, antara langkah pertama yang perlu diberi perhatian ialah memastikan murid tidak menunjukkan sebarang gejala influenza seperti demam, selesema atau batuk sebelum dihantar ke sekolah.

Enam langkah utama

Enam langkah utama

“Sekiranya anak bergejala, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak ke sekolah dan segera mendapatkan rawatan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi langkah kedua, ibu bapa perlu memantau keadaan anak-anak yang menunjukkan gejala influenza namun jika gejala bertambah teruk, pelajar disaran mendapatkan rawatan ulangan dengan segera bagi mencegah sebarang komplikasi.

Bagi langkah ketiga, guru pula digalakkan menasihatkan pelajar yang bergejala supaya tidak memasuki kelas dan mendapatkan rawatan sebelum memulakan sesi persekolahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KKM Lancar Sistem Pertukaran Suka Sama Suka, Kurangkan Karenah Birokrasi Penempatan

Enam langkah utama

“Keempat, guru disarankan untuk memperkukuhkan pendidikan kesihatan bagi menggalakkan kawalan kendiri dan tanggungjawab bersama melalui pemakaian pelilup muka dan kebersihan tangan.
“Kelima, pihak sekolah disaran membuat pelaporan awal kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan agar tindakan pencegahan dan kawalan dapat dilaksanakan dengan segera dan berkesan,” katanya.

Dr Dzulkefly memaklumkan tindakan penutupan premis termasuk sekolah boleh diputuskan oleh pihak pentadbiran melalui perbincangan serta kerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) berdekatan.

“Jika penularan hanya terhad kepada kumpulan tertentu, langkah kawalan hendaklah difokuskan kepada kumpulan tersebut,” katanya.

Sumber: Kosmo!Online (Zulkifli Manzor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Sosial

Percutian sekumpulan pelancong Malaysia ke Indonesia bertukar cemas apabila mereka didakwa tidak menjelaskan bayaran bil makanan di sebuah restoran popular di Jakarta, sebelum akhirnya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd