Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Elok Berdiri Tegak, Netizen Dakwa Zoo China Guna Manusia Menyamar Beruang Matahari

Baru-baru ini, tular di laman sosial yang memaparkan seekor beruang matahari dirakam berdiri tegak seperti seorang manusia sehingga menimbulkan keraguan pengunjung yang hadir di zoo tersebut.

Bagaimanapun, pihak zoo di China menolak dakwaan beruang matahari dikurung dalam kandang adalah manusia yang memakai sut haiwan.

@cnn

A zoo in China told visitors its sun bears are real, after videos of the animal standing like a person went viral on Chinese social media, prompting rumors that it was a human in disguise.

♬ original sound – CNN

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam video tersebut, kelihatan beruang matahari yang berasal dari Asia Tenggara itu sedang berdiri tegak seperti manusia yang jarang dilakukan oleh seekor haiwan.

Disebabkan itulah, ada netizen yang mempersoalkan sama ada haiwan itu sebenarnya seorang pekerja zoo yang menyamar sebagai seekor haiwan bagi menarik perhatian pengunjung.

Pun begitu, Zoo Hangzhou di wilayah Zhejiang menegaskan beruang berasal dari Malaysia itu boleh berdiri seperti manusia memandangkan saiznya lebih kecil berbanding spesis yang lain.

Sebelum ini, zoo China pernah mencetuskan kontroversi yang sama seperti anjing dicat mirip serigala atau kucing Afrika dan keldai dicat menyerupai kuda belang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian 

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd