Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Kementerian Pengangkutan lantik anak syarikat Ramssol jadi ejen kutipan JPJ

Ramssol Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, Rider Gate Sdn Bhd dilantik secara rasmi oleh Kementerian Pengangkutan sebagai ejen kutipan yang diberi kuasa oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Menurut laporan Bernama, syarikat itu berkata melalui portal aplikasi Rider Gate, rakyat Malaysia kini boleh mengakses platform perkhidmatan yang digital sepenuhnya, mudah dan selamat untuk transaksi penting JPJ termasuk pembaharuan lesen kenderaan bermotor, pembayaran saman trafik dan pindah hak milik kenderaan dengan caj nominal bagi setiap transaksi.

Sistem itu juga menyediakan pelaporan secara masa nyata kepada JPJ dan Kementerian Pengangkutan untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti sepenuhnya.

Ejen kutipan JPJ

Ejen kutipan JPJ

Pengarah Urusan Kumpulan Ramssol, Datuk Wira Cllement Tan

“Kerjasama ini meletakkan Ramssol di barisan hadapan transformasi digital negara dalam sektor pengangkutan dan kami bersedia sepenuhnya untuk menyediakan perkhidmatan yang boleh dipercayai, inovatif dan berpusatkan kepenggunaan kepada orang ramai,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Ramssol, Datuk Wira Cllement Tan.

Pada masa hadapan, Ramssol merancang untuk terus memperkukuh rangkaian teknologinya, melabur dalam penambahbaikan platform termasuk aplikasi kecerdasan buatan (AI) dan meneroka kerjasama strategik yang dapat meningkatkan lagi pengalaman pengguna dan menggalakkan penerimaan platform itu.

Kumpulan itu menambah bahawa ia kekal fokus untuk mengembangkan portfolio penyelesaian digitalnya dalam bidang-bidang yang mengutamakan kebolehpercayaan dan tadbir urus data.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Negeri Sembilan Salur Bantuan RM1,000 Buat Pesakit Kanser Mulai 2026

Pengarah Urusan Kumpulan Ramssol, Datuk Wira Cllement Tan

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Aktivis Rohingya, Noor Azizah memuat naik satu hantaran di Instagram sempena kempen #Black4Rohingya yang menyeru orang ramai memakai pakaian hitam sebagai tanda solidariti terhadap...

Lokal

Seorang pempengaruh mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini atas pertuduhan memperdayakan seorang wanita sehingga mengalami kerugian RM80,000, tahun lalu....

Dunia

Ratusan pelajar dan mahasiswa Indonesia mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara Jakarta pada Jumaat, sebagai tanda bantahan keras terhadap dasar perbelanjaan kerajaan Presiden Prabowo...

Spotlight

Pempengaruh media sosial, Bob T20, mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kisah peribadinya mengenai hubungan dan kehidupan lampau menerusi satu sesi podcast baru-baru ini. Menurut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd