Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Disyaki Ugut & Sebar Gambar Aib Guru, Ejen Insurans Direman 2 Hari

Seorang ejen insurans direman dua hari selepas disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel seorang guru wanita yang juga merupakan madunya dalam kejadian yang berlaku Mac lalu.

Ejen Insurans didakwa sebar gambar bogel madu

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun itu bermula hari ini hingga esok selepas dimohon oleh pegawai penyiasat dan diluluskan Majistret Nurul Asyikin Rosli, bagi melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

Ejen Insurans

Ejen Insurans berusia 53 tahun ditahan di KLIA

Menurut sumber, suspek yang juga ibu kepada empat anak ditahan kira-kira jam 10.15 malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

“Guru terbabit terkejut apabila bapanya di Klebang memaklumkan menerima sepucuk surat daripada suspek berserta gambar bogel anak perempuannya itu dan menantunya.

Suspek sering ganggu keluarga mangsa

Difahamkan, suspek diklasifikasikan sebagai individu dikehendaki selepas laporan polis dibuat oleh guru berusia 47 tahun itu yang bimbang gambar aib dirinya tersebar dan mendakwa suspek sering mengganggu keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bimbang gambar aibnya tersebar selain suspek sering menggangu keluarganya, pengadu membuat laporan polis pada 27 Mac lalu,” katanya.

Artikel lain: Cikgu Fadilah Buat Laporan Polis, Berang Video Aib Tersebar Di Media Sosial

Sementara itu, peguam suspek Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memaklumkan bahawa pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari yang dipohon oleh pihak polis.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd