Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dulu Pernah Tular ‘Cari Line Atas Pokok’, Veveonah Mosibin Kini Jadi Pelakon

Seorang pelajar perempuan Universiti Malaysia Sabah yang pernah tular empat tahun lalu kerana sanggup bermalam di hutan dan mencari ‘internet atas pokok’ dilaporkan telah menjadi pelakon dalam filem tempatan.

Menerusi satu laporan The Straits Times, Veveonah Mosibin berkata dia akan berlakon dalam beberapa filem terbitan tempatan yang dijangka ditayangkan di pawagam sama ada pada penghujung 2024 atau awal 2025.

 

Foto: Google

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Filem yang saya lakonkan sekarang ini bertajuk Terjebak.
“Ini merupakan sebuah filem aksi menarik dengan adegan pergaduhan yang mendebarkan dan membawa mesej kemanusiaan,” katanya.

Dia juga berkata, filem itu menampilkan ramai bakat tempatan kerana perlu bertutur dalam bahasa Melayu Sabah selain dan lokasi penggambaran yang dijalankan di Keningau dan Tambunan.

Veveonah yang membawa watak sampingan sebagai seorang pejuang dan pengawal peribadi berkata bahawa filem itu bertujuan untuk memberi inspirasi kepada generasi muda supaya menjauhi perbuatan jenayah.

Foto: Facebook Veveonah Mosibin

“Sepanjang tayangan selama 90 minit, penonton akan diperlihatkan bagaimana watak-watak itu berperanan membawa kasih sayang antara keluarga” ujarnya.

Dia turut memberitahu dia mula terlibat dalam bidang lakonan setelah didatangi oleh Trespar Pita yang merupakan seorang pelakon dari ONTV Production.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Pada mulanya, saya bekerjasama dengan pengarah filem Jade Morris dan pengarah fotografi Greg Giting Sobondok untuk penggambaran khas memperingati Hari Malaysia pada Julai 2023, bertajuk Kami Anak Malaysia, untuk RTM Sabah.

Foto: Facebook Veveonah Mosibin

“Selepas itu, Jade menjemput saya untuk mengambil bahagian dalam filem seram ini, Swang, yang kami rakamkan pada Disember 2023. Berikutan itu, dia menawarkan saya peranan Lulu di Terjebak,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Veveonah yang masih menjalani pengajian ijazah di Universiti Malaysia Sabah dalam bidang sains marin dan dikatakan akan tamat pada Disember tahun ini.

Sumber: The Straits Times

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Dunia

Iran mengisytiharkan kemenangan bersejarah ke atas Amerika Syarikat dan Israel selepas 40 hari konflik, dengan mendakwa Donald Trump terpaksa menerima cadangan damai yang dikemukakan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd