Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dua Pesawat Tentera Laut AS Dilapor Terhempas Di Laut China Selatan

Dua pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terhempas di perairan Laut China Selatan semasa menjalankan operasi rutin pada Ahad, menurut kenyataan dikeluarkan oleh U.S. Pacific Fleet.

Dua pesawat Tentera Laut AS Dilapor Terhempas

Dalam kejadian pertama kira-kira 2.45 petang waktu tempatan, sebuah helikopter MH-60R Sea Hawk yang dioperasikan oleh skuadron “Battle Cats” Helicopter Maritime Strike Squadron (HSM) 73 dilaporkan jatuh ke laut ketika menjalankan operasi dari kapal pengangkut pesawat USS Nimitz (CVN 68).

Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang ditugaskan bersama Carrier Strike Group 11 berjaya menyelamatkan ketiga-tiga anak kapal helikopter tersebut dengan selamat.

pesawat Tentera Laut

Foto arkib: AFP

Tidak lama kemudian, pada sekitar 3.15 petang, sebuah lagi pesawat F/A-18F Super Hornet milik skuadron “Fighting Redcocks” Strike Fighter Squadron (VFA) 22 turut dilaporkan terhempas di kawasan sama ketika menjalankan operasi rutin dari kapal USS Nimitz.

Kedua-dua juruterbang pesawat pejuang itu berjaya keluar melalui sistem pelenting dan kemudiannya diselamatkan oleh pasukan SAR yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia Terus Teroka Minyak & Gas Di Laut China Selatan Walau Dibantah China – PM

Menurut kenyataan rasmi, semua lima anggota yang terlibat kini berada dalam keadaan selamat dan stabil.

Pihak Tentera Laut Amerika Syarikat memaklumkan bahawa punca kedua-dua insiden tersebut masih dalam siasatan.

USS Nimitz dan kumpulan serangan pengiringnya berada di kawasan Laut China Selatan sebagai sebahagian daripada operasi maritim rutin bagi memastikan kebebasan navigasi di perairan antarabangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X USPacificFleet

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang memantau aktiviti segelintir pengasas produk kosmetik dan peniaga dalam talian yang sering mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial bagi mengesan kemungkinan...

Sukan

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dilaporkan memulakan siasatan awal terhadap Persatuan Bola Sepak Argentina (AFA) serta presidennya, Claudio Tapia...

Nasional

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan Nasihat Taufan (Bavi) selepas ribut tropika berkenaan dikesan pada jam 8 pagi, kira-kira 1,151 kilometer (km) ke...

Lokal

Sekumpulan penunggang motosikal Yamaha RXZ berdepan detik hitam apabila terlibat dalam kemalangan di Kilometer 246.4 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) arah Kemaman, berhampiran susur keluar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd