Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Dua Minggu Jalin Cinta, Hubungan Han So Hee Dan Ryun Jun Yeol Berakhir

Pelakon terkenal Korea Selatan, Han So Hee akhirnya berpisah dengan aktor Ryun Jun Yeol setelah dua minggu menjalinkan hubungan cinta.

Pada 30 Mac lalu, media Korea Selatan iaitu Edaily melaporkan bahawa kedua-dua selebriti ini telah berpisah. Susulan daripada itu, agensi Jun Yeol, C-Jes Studio telah memberikan maklum balas dengan mengesahkan status pasangan tersebut.

Foto : IG Ryun Jun Yeol

Menerusi laporan daripada pihak agensi So Hee, 9ato Entertaiment telah membuat pengesahan tentang hubungan antara aktres wanita itu dengan Jun Yeol telah berakhir.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, mereka berdua mengakui serta beranggapan bahawa peranan mereka sebagai pelakon lebih penting daripada hubungan peribadi sekali gus berjanji untuk tidak membiarkan emosi mengganggu komitmen profesional mereka.

Dalam pada itu juga, So Hee dikatakan telah bersedia untuk menerima sebarang kritikan serta mengakui bahawa dirinya sedang berhadapan dengan situasi yang sukar.

Foto : IG Han So Hee

Selain daripada berjanji untuk mengambil langkah-langkah bagi memperbaiki keadaan, pihak agensi turut mengakui dengan tanggungjawab dalam menjaga kesejahteraan pelakon mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ujar mereka lagi, meskipun sudah terlambat, namun mereka tetap akan memperbaiki keadaan serta berharap agar orang ramai memberikan sokongan yang positif.

Terdahulu, pada 16 Mac yang lalu, So Hee dan agensi Jun Yeol telah mengesahkan hubungan percintaan mereka kepada orang ramai.

Sumber : Soompi

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd