Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Lelaki Menyamar Jadi Polis, Disyaki Perkosa Pelajar Universiti

Dua lelaki yang bekerja sebagai peniaga kenderaan saji (food truck) direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dan cabul terhadap seorang pelajar universiti wanita di Pantai Klebang.

Perintah reman ke atas suspek yang masing-masing berusia 23 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret N Sivashangari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, dan akan berkuat kuasa sehingga 29 Mei ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, kedua-dua suspek disyaki menyamar sebagai anggota polis untuk memperdaya mangsa yang ketika kejadian berada bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta di kawasan sunyi Pantai Klebang, sekitar jam 9 malam semalam.

Foto: Media Sosial

“Suspek mengetuk cermin tingkap pasangan kekasih itu dan memperkenalkan diri sebagai anggota polis sebelum masuk ke dalam kereta berkenaan dan menghubungi seorang lagi rakannya berusia 23 tahun menaiki sebuah motosikal lain.
“Mereka menuduh pasangan itu melakukan hubungan seks serta mengugut supaya membayar RM3,000 jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang namun pasangan itu mendakwa tidak mempunyai duit,” katanya.

Dalam insiden yang seterusnya, suspek memaksa pasangan itu melakukan hubungan seks di dalam kereta sambil merakam aksi tersebut menggunakan telefon bimbit.

“Apabila tiba di sebuah kedai serbaneka yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM), suspek mengarahkan teman lelaki mangsa keluar untuk mengeluarkan duit dan meninggalkan kekasihnya bersama kedua-dua suspek.
“Gadis berkenaan yang dibiarkan tanpa pakaian di tempat duduk belakang kereta kemudian dirogol suspek berusia 29 tahun sebanyak dua kali manakala suspek berusia 23 tahun meraba kemaluan pelajar universiti awam itu,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Mangsa yang tidak mempunyai wang mencukupi terpaksa meminjam RM50 daripada rakannya dan menyerahkan wang tersebut kepada suspek. Kedua-dua suspek kemudian membawa pasangan tersebut semula ke Pantai Klebang untuk mengambil motosikal mereka sebelum mangsa membuat laporan di Balai Polis Batang Tiga sekitar jam 3 pagi.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan kedua-dua suspek yang masing-masing beralamat di Taman Rambai Utama dan Kampung Pulau Gadong.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah. Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 170 kerana menyamar sebagai penjawat awam,” jelasnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan kes ceroboh kuil di Rawang, Selangor pada Rabu, lapor Bernama. Kes ceroboh kuil di Rawang Ketua Polis...

Lokal

Mahkamah Tinggi di Melaka mengetepikan hukuman denda RM1,500 terhadap seorang pengawal keselamatan yang mengaku mencuri susu tepung dan beberapa barangan lain di sebuah pusat...

Sosial

Seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dihidangkan ikan yang tidak dimasak sempurna ketika berkunjung ke restoran milik usahawan dan pempengaruh masakan terkenal, Khairul...

Lokal

Penemuan baharu melibatkan anggota badan dan kepala dipercayai milik seorang wanita ditemukan di Taman Indah Permai, Sepanggar, pada pagi Khamis. Sebelum ini, beberapa anggota...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd