Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

DJ Khaled & Mike Tyson Tunai Umrah Bersama, Menangis Kali Pertama Lihat Kaabah

Baru-baru ini, penyanyi terkenal antarabangsa, DJ Khaled menerusi Instagramnya telah berkongsi momen sewaktu mengerjakan ibadah umrah.

Menurut selebriti yang juga merupakan seorang komposer, dia sangat gembira kerana ibadah umrah yang dikerjakan itu merupakan kali pertama dilakukan sepanjang hidup.

Sebak bila masuk kawasan Mekah

Ujarnya, dia sangat bersyukur kerana impian selama ini yang mahu menjejakkan kaki ke Tanah Suci akhirnya terlaksana sehingga dia menangis di sewaktu sampai di hadapan Kaabah.

“Sebaik saja masuk ke kawasan Mekah, air mata kegembiraan saya mengalir. Memang impian hidup saya untuk ke Mekah dan beribadah serta meluahkan rasa syukur kepada Allah,”
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by DJ KHALED (@djkhaled)

Berdoa yang baik2

Dalam pada itu, DJ Khaled mengakui sangat beruntung kerana dapat bersama-sama peninju terkenal, Mike Tyson yang turut mengerjakan umrah bersamanya.

“Saya berdoa agar dunia akan memperoleh lebih kasih sayang, kehidupan yang lebih tenang dan bahagia, kesihatan yang baik serta kita sentiasa dilindungi. Tuhan Maha Hebat.”

Masing2 tak dapat tahan sebak

Dapat dilihat kedua-dua figura hebat itu tidak dapat menahan sebak di hadapan Kaabah apabila air mata tak henti mengalir disamping mulut mereka sentiasa memuji kebesaran Allah S.W.T.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, Mike Tyson telah mengerjakan umrah bersama bapanya dan DJ Khaled sempat bergambar bersama mereka serta memuat naik ke media sosialnya.

Setelah selesai mengerjakan umrah, komposer terbabit dilihat terbang ke Paris untuk menyelesaikan urusan kerja sebelum kembali pulang ke kediamannya.

View this post on Instagram

A post shared by DJ KHALED (@djkhaled)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram djkhaled

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd