Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Dividen Tabung Haji Dijangka Umum April Ini – Mohd Na’im

Pengumuman dan agihan dividen Tabung Haji (TH) bagi tahun kewangan 2023 dijangka pada April ini iaitu setelah audit penuh dijalankan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata langkah itu dilaksanakan berikutan teguran Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) sebelum ini agar audit dijalankan sebelum agihan dividen.

Dividen Tabung Haji dijangka April ini

Artikel lain: KWSP Dijangka Beri Dividen Setinggi 6.5 Peratus, Lebih Baik Berbanding 2022

“Sekarang adalah masa pengauditan dijalankan, jadi insya-Allah menjelang April nanti kita akan umumkan berapa dividennya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menziarahi asnaf di sini malam ini.

Ditanya jika agihan pada tahun ini akan membawa khabar gembira kepada pendeposit, Na’im meluahkan harapan supaya pihak pengurusan tertinggi TH dapat mencari jalan terbaik bagi mengimbangi pemberian dividen yang munasabah tanpa menjejaskan bantuan kewangan kepada jemaah haji dalam golongan B40 dan M40.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Sebab ia tabung yang sama kalau kita berikan dividen yang tinggi ia akan mengurangkan bantuan kewangan kepada jemaah haji B40 dan M40, jadi pihak pengurusan tertinggi TH, saya harap dapat memikirkan dan mencari jalan yang terbaik,” katanya.

Sebelum ini, TH mengumumkan agihan keuntungan tahun kewangan 2022 pada kadar 3.10 peratus setelah mengambil kira zakat 2.57 peratus melibatkan jumlah agihan sebanyak RM2.65 bilion kepada lebih 8.7 juta pendeposit.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Dua lelaki dipercayai mempunyai hubungan beranak bapa-anak ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita yang mayatnya ditemui dalam keadaan dikerat dan dibuang di...

Sosial

Polis mengesahkan insiden video tular memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda melanggar sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki di Kampung Sungai Jernih, Kajang pada...

Bisnes

Ringgit meneruskan momentum peningkatannya apabila melonjak ke paras tertinggi baharu 3.8995 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, hampir menyamai paras tertinggi dalam tempoh...

Lokal

Tindakan pantas dan berani seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun berjaya menyelamatkan rakannya yang hampir lemas dalam kejadian di Pantai Pasir Hitam, Sabtu lalu....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd