Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Ditolak Semua IPTA, STPM Bantu Pelajar Cemerlang SPM Genggam Ijazah

Seorang graduan universiti telah berkongsi kisahnya yang ditolak semua IPTA walaupun mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ditolak Semua IPTA

Ditolak semua IPTA walaupun ‘result’ SPM 6A

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali sebagai Nursyafiqah Roslan, dia telah menceritakan pengalamannya ditolak Institut Pengajian Tinggi (IPT) walaupun mendapat keputusan 6A di dalam SPM.

Ujarnya, apa yang ingin diceritakan adalah sebagai rujukan kepada adik-adik yang sedang mencari-cari hala tuju selepas keputusan SPM keluar Khamis lalu.

“Untuk adik-adik yang baru dapat keputusan SPM, mesti sedang fikir mahu sambung belajar di mana kan? Hari ini saya mahu cerita satu kisah tentang diri saya yang DITOLAK oleh IPG, UiTM dan Politeknik,” tulisnya.

Ditolak semua IPTA, politeknik pun ‘reject’

Jelasnya, selepas gagal dalam permohonan melanjutkan pelajaran ke Institut Perguruan, dia turut tidak mendapat tempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) walaupun mempunyai keputusan cemerlang dalam SPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesedihan bertambah apabila gagal melayakkan diri ke politeknik untuk program diploma atas alasan tida kekosongan untuknya.

Sambung pelajaran ke Tingkatan 6

Disebabkan ditolak dari semua IPTA tersebut, dia kembali mengenangkan pelawaan yang diterima untuk memasuki Tingkatan 6.

Jujur, Nursyafiqah memaklumkan dia telah menolak mentah-mentah tawaran ke Pra-Universiti itu dari awal dan ternyata ‘jalur’ tersebut adalah batu loncatan untuknya ke universiti.

Walaupun dia masuk lewat sebulan daripada rakan-rakan, Nursyafiqah akhirnya mampu tersenyum bahagia apabila berjaya meraih keputusan cemerlang sekali gus menempatkan diri ke Universiti Malaysia Sabah untuk menyambung pelajaran di peringkat Ijazah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kini genggam Ijazah dari UMS

Kini, beliau mampu berbangga apabila menggenggam ijazah dari universiti selepas melalui pelbagai penolakan selepas mendapat keputusan SPM beberapa tahun sudah.

Perkongsian tersebut sudah tentu menjadi inspirasi buat adik-adik yang kini sedang sibuk menguruskan pemohonan untuk ke IPT atau mana-mana tempat belajar bagi menentukan masa hadapan.

Artike lain: Pelajar Ziarah Kubur Ibu, Bapa Dan Adik, Tunjuk Keputusan SPM – “Abang Dapat 5A”

Tahniah! Terus cemerlang dik!

Hantaran yan cukup bermotivasi ini telah mendapat perhatian ramai di media sosial apabila masing-masing akui nukilannya sangat memberi inspirasi kepada semua terutamanya buat lepasan SPM.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka juga mendoakan agar Nursyafiqah terus maju jaya dengan apa yang dilakukan dan terus menjadi contoh kepada semua.

 

STPM ramai orang tak perasan, tapi sangat bagus!

Ramai dapat genggam ijazah bermula di Tingkatan 6

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Semoga semua lepasan SPM tempoh hari tidak berputus asa dalam menimba ilmu dan anggap keputusan yang diperoleh tempoh sebagai permulaan untuk terus berjaya.

Sumber: Facebook Nursyafiqah Roslan

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur akhirnya dibuka semula kepada umat Islam hari ini selepas ditutup selama 40 hari oleh Israel susulan tindakan ketenteraan bersama...

Dunia

Presiden Indonesia, Prabowo Subianto menegaskan bahawa selat-selat utama di negara itu mempunyai kepentingan strategik kepada perdagangan dunia, sekali gus menjadikan Indonesia sentiasa menjadi perhatian...

Sosial

Usahawan yang juga pempengaruh media sosial Anees Ayunie meluahkan rasa syukur apabila sekali lagi menerima hadiah sebuah rumah daripada suaminya bersempena kehamilan anak kedua...

Sosial

Seorang pelancong dari China diheret keluar dari penerbangan selepas didakwa menepuk punggung seorang pramugari di dalam pesawat Malaysia Airlines pada Rabu. Kejadian tersebut dirakam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd