Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ditawarkan RM1 Juta, Lelaki Terpedaya Jadi Penderma Sperma Rugi RM25,000

Seorang lelaki mendakwa ditipu sehingga mengalami kerugian sebanyak RM25,000 selepas diperdaya bakal menerima RM1 juta sekiranya menjadi penderma sperma.

Menerusi laporan Harian Metro, Lee (bukan nama sebenar) berkata, dia melihat satu iklan di Facebook yang menawarkan untuk menjadi penderma sperma pada awal bulan ini.

“Berbanding wang RM1 juta, saya lebih tertarik dengan kecantikannya menyebabkan saya mahu menjadi penderma sperma.
“Apatah lagi, dia banyak memuji saya yang dikatakan ‘terpilih’ berbanding lelaki lain kerana lebih matang serta kacak,” katanya pada sidang media di Jabatan Perkhidmatan Awam dan Aduan MCA di ibu negara hari ini.

Menurut mangsa, iklan itu menunjukkan seorang wanita muda warga Singapura menawarkan bayaran RM1 juta kepada mana-mana lelaki yang menderma sperma sehingga hamil.

“Saya kemudiannya menghubungi nombor tertera sebelum dihubungi wanita terbabit. Kami juga ada bertukar gambar swafoto dan berbincang lebih lanjut mengenai perkara itu (penderma sperma).
“Wanita itu memaklumkan, proses derma sperma itu dibuat menerusi hubungan seks dan ia berjalan sehinggalah dia hamil,” ujarnya.

Lee menjelaskan, kecantikan wanita itu membuatnya berminat dengan cadangan yang ditawarkan sebelum diminta untuk menghubungi peguam bagi menandatangani perjanjian berkaitan urusan berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Peguam itu memaklumkan, saya berhak mendapat RM300,000 selepas menandatangani kontrak terbabit dalam tempoh 48 jam.
“Selepas menandatangani kontrak itu, saya membayar pelbagai yuran berjumlah RM25,000 ke beberapa akaun bank tempatan.
“Bagaimanapun, saya syak saya menjadi mangsa penipuan selepas gagal bertemu wanita terbabit selain individu mendakwa peguam terbabit masih meminta bayaran RM30,000,” katanya.

Sumber: Harian Metro (Nurul Hidayah Bahaudin)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd