Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipersoal King Sing Apa Sumbangan Kepada Melaka, Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Bagi menjawab soalan daripada Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh telah beri senarai 11 pencapaian dan sumbangannya buat negeri Melaka.

Menerusi satu hantaran di Facebook, antara polisi yang telah beliau laksanakan adalah menjadikan Melaka negeri pertama mempunyai perkhidmatan kesihatan close care to you, perkhidmatan penjagaan luka dan tukar tiub makanan di rumah secara percuma disediakan untuk rakyat B40 yang terlantar sakit.

Akmal Saleh beri senarai pencapaian & sumbangan buat Melaka

Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Foto: Malaysiakini

Selain itu, EXCO kerajaan negeri itu turut menjadikan Melaka sebagai antara negeri pertama yang menawarkan ambulans percuma kepada golongan B40 agar dapat menerima rawatan susulan di hospital dan di luar negeri itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Melaka juga mempunyai polisi yang mewajibkan setiap pusat tumpuan orang ramai mesti menyediakan alat bantuan kecemasan serangan jantung (AED) ketika saya menjawat jawatan EXCO Kesihatan negeri.
“Serentak itu, Melaka juga menjadi antara negeri pertama yang mempunyai sukarelawan perubatan di setiap kampung yang dikenali sebagai Paramedik Komuniti, selain menyediakan saringan perkhidmatan kesihatan secara percuma di klinik swasta dan dilakukan ketika saya menjadi EXCO Kesihatan,” katanya.

Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Tambahnya lagi, Melaka juga menjadi negeri pertama yang mempunyai ladang benih padi sendiri untuk kegunaan pesawah di dalam negeri Melaka disamping menyelesaikan masalah pengairan sawah di Bukit Rambai yang sudah tertangguh selama beberapa tahun.

“Masalah tanah Orang Asli serta skim perumahan nelayan di Kuala Linggi, Masjid Tanah juga selesai selepas beberapa tahun tertangguh.
“Selain itu itu, Melaka juga mempunyai program melon to million yang memberi latihan kepada pertanian secara percuma disamping mendapatkan satu lagi taman kekal pengeluaran makanan untuk negeri ini,” ujarnya.

Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu turut menjemput King Sing untuk bertemu dengannya untuk membincangkan tentang sumbangannya yang lain.

“Kalau nak tahu lebih lanjut, menteri boleh datang ke Melaka jumpa dengan saya ataupun dengan rakyat Melaka. Kalau menteri malas, boleh tengok di media sosial apa yang telah saya lakukan sepanjang tiga tahun menjadi ECXO.
“Kalau nak lebih baik, saya cabar menteri untuk kita berdebat secara terbuka tentang kenyataan menteri terhadap papan tanda boleh?” sindirnya.

Dalam pada itu, EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka itu turut mendakwa King Sing sendiri yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terlebih dahulu.

Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Muhammad Akmal turut mencadangkan agar Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer sebagai Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya menggantikan Ahli Parlimen Bintulu itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kerajaan Malaysia, WHO Disaman RM60 Juta Berkait Vaksin COVID-19

“Kamu yang keluarkan kenyataan yang berbaur perkauman lepastu nak salahkan orang lain pula? Tuduh saya memalukan parti bila lawan apa yang kamu katakan?
“Hey menteri, kau tu yang memalukan negara. Jadi Menteri pun masih tidak boleh faham sensitiviti rakyat Malaysia dan berbahasa Melayu dengan baik.
“Level apa menteri ini? Saya mohon YAB PMX tukarlah menteri ni kepada orang yang jauh lebih layak, baik lagi ambil MP Jelutong jadi Menteri Pelancongan lah!” ujarnya.

Akmal Saleh Beri Senarai Pencapaian

Foto: Malaysiakini

Sebelum ini, King Sing telah mempersoalkan apa yang telah dilakukan oleh Muhammad Akmal untuk Melaka selaku EXCO kerajaan negeri itu semasa membalas kritikan mengenai pandangannya terhadap papan tanda pelbagai bahasa.

King Sing turut mengingatkan Ketua Pemuda UMNO itu untuk tidak mencetuskan isu perkauman seperti yang berlaku pada pilihan raya kecil baru-baru ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain itu, King Sing juga dilaporkan berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh Muhammad Akmal hanya memalukan UMNO dan boleh menimbulkan ketegangan antara rakyat, seterusnya menjejaskan kestabilan politik dan pembangunan negara.

Sumber: Facebook Akmal Saleh

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd