Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dipenjara 24 Tahun, Bekas Banduan Berjaya Khatam al-Quran 120 Kali

Seorang bekas banduan yang ingin dikenali sebagai Wan (bukan nama sebenar) mendedahkan dia berjaya khatam al-Quran  120 kali sepanjang 24 tahun dipenjarakan.

Menurut laporan Buletin TV3, Wan yang kini berusia 50 tahun tidak pernah menaruh harapan untuk meneruskan kehidupan selepas dijatuhkan hukuman gantung atas kesalahan mengedar dadah jenis ganja pada tahun 1999.

Menceritakan kembali kisahnya ketika menjalani hukuman sejak 10 tahun lalu sebagai banduan akhir, mengkhatam al-Quran pada setiap bulan adalah aktivitinya dan mengaji menjadi satu kewajipan sebaik sahaja selesai solat fardu atau selepas Solat Sunat Dhuha.

Bekas banduan khatam al-quran 120 kali

Artikel lain: Influencer Barat Kaji Al-Quran Tersenyum Bahagia Lepas Ucap 2 Kalimah Syahadah

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kebanyakan waktu saya dihabiskan dengan mengaji serta membaca buku, selain beriadah pada waktu pagi serta petang termasuk mengikuti kelas keagamaan,” katanya.

Ujarnya, sebaik sahaja Mahkamah Persekutuan membuat keputusan menggantikan hukuman mati dan penjara sepanjang hayat ke atas 11 banduan termasuk dirinya yang disabitkan kesalahan mengedar dadah di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023, semalam diibaratkan seperti diberi nyawa kedua untuk hidup.

Wan yang telah dibebaskan semalam meluahkan rasa syukur apabila dapat pulang kembali ke rumahnya di Jertih pada pagi ini bersama ahli keluarganya.

“Saya sendiri tidak berharap atau bermimpi hukuman gantung akan ditukar kepada penjara 30 tahun kerana selepas dijatuhkan hukuman dahulu hidup saya seperti gelap gelita.
“Saya bersyukur kerana keluarga tetap menerima saya walaupun sudah lama berada dalam penjara dan keluarga kerap melawat walaupun saya bertukar tempat hukuman.
“Jika diikutkan sepanjang tempoh dihukum, saya beberapa kali berpindah penjara antaranya Penjara Marang, Terengganu, Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan, Penjara Tapah Perak, Penjara Bentong, Pahang, Penjara Machang, Kelantan dan kembali semula ke Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Wan berharap peluang kedua yang dimilikinya kini dapat digunakan sebaik yang mungkin dan sempat menitipkan nasihat kepada generasi muda supaya lebih berhati-hati dalam memilih rakan sebaya.

“Disebabkan pergaulan serta pengaruh rakan sebaya saya dituduh bersubahat melakukan jenayah berkenaan ketika berumur 26 tahun.
“Saya anggap ini ujian serta dugaan hidup ditetapkan untuk saya dan perlu ditempuhi dengan reda kerana setiap ujian yang berlaku ada hikmah disebaliknya,” tambahnya.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd