Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dilapor Hilang, Suri Rumah Ditemui Meninggal Dunia Dengan Kesan Jerutan

Seorang wanita yang dilaporkan hilang semalam ditemui mati dengan kesan jerutan pada leher di bilik tidur di kediamannya di Indera Mahkota, di Kuantan.

Menurut laporan Buletin TV3, Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, bapa mangsa, 62, sebelum ini membuat laporan polis berhubung kehilangan anak perempuannya itu.

Foto: Utusan

“Bapa mangsa memaklumkan kali terakhir dapat menghubungi anaknya itu melalui pesanan WhatsApp pada jam 8.30 pagi hari kejadian,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang juga suri rumah berusia 28 tahun ditemui suaminya dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah mereka sekitar jam 7.30 malam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bagaimanapun, kira-kira jam 7.30 malam, bapa wanita itu dihubungi menantunya memaklumkan mangsa tidak sedarkan diri dalam bilik tidur di rumah dengan kesan jerutan pada leher,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Wan Mohd Zahari turut memaklumkan mangsa merupakan isteri kepada warga China yang bekerja sebagai penyelia kilang dan juga mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun.

“Mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” tambahnya lagi.

Beliau juga mengesahkan pihaknya telah menahan empat ahli keluarga mangsa, berusia antara 27 hingga 62 tahun untuk membantu siasatan.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd