Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

‘Dilamar’ Negara Luar, Misbun Sedia Lahirkan Pemain Nombor 1 Dunia Yang Keempat

Baru-baru ini, Datuk Misbun Sidek mendedahkan dia sudah bersedia berkhidmat di luar negara demi meneruskan misi melahirkan pemain nombor satu dunia yang keempat.

Menerusi laporan Berita Harian, difahamkan jurulatih yang berusia 63 tahun itu telah menerima beberapa tawaran dari negara lain yang berminat mendapatkan khidmatnya selepas sah berpisah dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Jelasnya, Thailand dan Singgapura antara negara yang mahu mendapatkan sentuhannya walaupun tidak memberitahu secara terperinci mengenai butiran tawaran tersebut.

Selepas kejayaannya melahirkan pemain nombor satu dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Datuk Rashid Sidek dan Roslin Hashim, dia tidak pernah berputus asa mencipta sejarah itu untuk kali yang keempat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Memang hati saya untuk negara, tetapi kalau khidmat saya diperlukan oleh negara luar, mereka mahukan idealogi saya untuk membentuk pemain mereka, apa salahnya?
“Kalau ikutkan tawaran itu untuk pasukan senior, yang mereka mahukan adalah dari segi sentuhan penyudah, untuk mengajar mereka bagaimana mahu mencapai kemenangan.
“Harapan saya juga adalah mahu mencari pemain nombor satu dunia yang keempat dan bersedia sekiranya ada potensi melakukan di luar negara.
“Apa pun, saya belum buat keputusan kerana ia bergantung kepada beberapa syarat tertentu yang saya kemukakan, tetapi untuk buat masa sekarang, saya mahu berehat terlebih dahulu kerana sudah lama saya tidak berehat,” katanya.

Bukan itu sahaja, Misbun menjelaskan dia menolak untuk menerima semula tawaran yang dikemuka oleh BAM kerana tidak mahu menganggu persiapan Kejohanan Remaja Dunia yang akan berlangsung di Washington, Amerika Syarikat (AS), bulan depan.

“Saya membuat keputusan untuk menolak tawaran itu kerana saya tidak mahu ganggu persiapan skuad remaja ke kejohanan dunia, mungkin perancangan sudah diatur.
“Memang saya yang aturkan program, sejak dari kejohanan dunia tahun lalu. Tetapi kali ini saya akur, kerana dalam tempoh dua minggu ini banyak perkara telah berlaku dan kesuntukan waktu,” ujarnya lagi.

Sumber: Berita Harian (Helmi Talkah)

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pelajar yang pernah kerap tidak hadir ke sekolah akhirnya bertukar menjadi inspirasi apabila kini berjaya menjadi anggota bomba, hasil perubahan yang bermula...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi luahan susulan tular dakwaan wajah isterinya mirip mangsa kes pembunuhan tragis, arwah Nurfisya Zulkifly yang dilaporkan berlaku di Kampung Simah, Ketereh,...

Dunia

Seorang pengantin perempuan di Garut, wilayah Jawa Barat menjadi perhatian pengguna media sosial selepas menerima sebuah kebun kelapa sawit sebagai mas kahwin, lapor portal...

Lokal

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas dilanggar sebuah van di hadapan pintu pagar utama sekolahnya ketika sedang menunggu ibunya pulang, dalam kejadian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd