Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dikejar 28 MPV Polis, Pemandu Bezza Rupanya Ada 11 Rekod Jenayah

Pemandu kereta  jenis Perodua Bezza yang dikejar 28 unit peronda polis (MPV) dalam sebuah video yang mula tular semalam rupanya dikehendaki oleh pihak berkuasa bagi kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata.

Suspek yang juga merupakan warga tempatan mempunyai 10 rekod lampau lain dimana enam daripadanya melibatkan kesalahan jenayah manakala empat lagi kesalahan dadah.

Pemandu Bezza dikejar polis

Artikel lain: Seorang Cedera, Pemandu Wanita Diserang Sawan Rempuh Tujuh Kenderaan

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid memberitahu pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 1.42 pagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, suspek yang berusia 27 tahun bertindak melarikan diri dari pemeriksaan polis semasa berada di bahu Jalan Utara, di sini dengan memasuki Lebuh Raya Persekutuan menuju Shah Alam.

“Semasa tiba di Jalan PJS 6/1 Sungei Way, di sini, kenderaan suspek merempuh anggota unit rondaan bermotosikal sehingga mengalami kecederaan.
“Hebahan bantuan dilakukan dan sejumlah 28 buah MPV dari IPD Sepang, Serdang, Subang Jaya dan anggota dari cawangan D4 IPD di sini ditugaskan untuk mengejar kenderaan suspek lebih 50 kilometer.
“Suspek dikejar melalui Lebuh Raya Damansara Puchong dan Lebuh Raya Baru Pantai sehingga berjaya ditahan di Bulatan Taman Tasik Cyberjaya, Sepang,” katanya.

Bukan itu sahaja, hasil siasatan mendapati terdapat pisau, gunting, sarung tangan, topi keledar, kad pengenalan individu lain dan kad debit di dalam keretanya.

“Pemandu tersebut ditahan bersama seorang wanita yang juga warga tempatan berusia 21 tidak mempunyai rekod lampau.
“Kedua-dua suspek di bawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dibenarkan tahanan reman di bawah Sekayen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 279 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 28(1) Akta Kesalahan Kecil 1955,” ujarnya lagi.

Kes akan dihantar ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dan disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: FB @Polis Daerah Petaling Jaya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd