Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Didakwa Turut Makan Daging Rakan, Ini Cara Lelaki Kurang Siuman Dapatkan Senjata Tajam

Lelaki kurang siuman yang ditahan baru-baru ini kerana membunuh dan mengerat rakan yang juga kurang siuman didakwa turut makan daging mangsa ketika dia ditemui orang kampung.

Memetik laporan Tribunnews, kejadian ngeri itu berlaku di daerah Garut, Jawa Barat pada Sabtu dan dilakukan oleh lelaki kurang siuman yang dikenali sebagai Erus.

Lelaki kurang siuman makan daging rakan

Menurut orang kampung, ketika mereka menemui Erus, dia sedang duduk mencangkung berdekatan dengan beberapa karung yang dipercayai berisi dengan daging mangsa.

Erus bukan sahaja melakukan kanibalisme terhadap daging mangsa, namun dia turut bermain-main dengan rambut di kepala rakannya yang sudah terpisah dari badan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tidak cukup dengan itu, Erus juga kelihatan tersenyum terhadap orang kampung yang mengerumuni tempat kejadian disamping menunjukkan senjata yang dipercayai digunakan mengerat rakannya.

Sementara itu, Erus dipercayai memperoleh senjata tajam yang digunakan untuk mengerat rakannya dengan memecah masuk ke rumah salah seorang orang kampung.

Menurut polis, pemilik rumah tersebut yang juga merupakan tukang besi tidak berada di kediamannya dan Erus memecah masuk ke ruangan penyimpanan barang dan mengambil senjata tajam berupa pisau.

Artikel lain: Mendunia! Graduan Luar Negara Rakam Momen Konvokesyen Guna Lagu UiTM Di Hatiku

Advertisement. Scroll to continue reading.

Buat masa sekarang, Erus sedang menjalani pemeriksaan dan pemantauan psikiatri di Hospital Sartika Asih di Bandung kerana lelaki itu mempunyai kesukaran untuk berkomunikasi sekaligus menyukarkan siasatan.

Dalam pada itu, identiti mangsa masih tidak diketahui dan buat masa sekarang pihak polis sedang menunggu keputusan bedah siasat.

Terdahulu, tular video memaparkan dua orang lelaki kurang siuman sedang berjalan bersama dan salah seorang daripada mereka (suspek) sedang menarik tali yang diikat pada pergelangan tangan seorang lagi individu (mangsa).

Tidak lama kemudian, suspek iaitu Erus kemudian ditemui oleh orang kampung bersama keratan-keratan daging rakannya sebelum ditahan pihak polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Tribunnews, X @dhemit_is_back

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Sempena sambutan Hari Malaysia 2025, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan program Bicara Malaysiana: Menjunjung Rukun Negara, Memperkukuh Jati Diri Bangsa bertempat di Auditorium...

Sukan

Program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS) – Renang yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) terus menjadi inisiatif penting dalam usaha mengurangkan risiko...

Sosial

Air mata mengiringi setiap langkah, begitulah suasana yang dirakam dalam sebuah video tular di TikTok sempena persaraan seorang guru bernama Cikgu Salina. Murid bagi...

Lokal

Persatuan Belia Baru Universiti Malaya atau Umany mohon maaf susulan cadangan awal untuk “mansuhkan” sistem matrikulasi yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd