Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Didakwa Gelar MB Perak Biadab, Razman Zakaria Mohon Maaf

Ketua Pembangkang Perak, Razman Zakaria mohon maaf kepada Menteri Besar (MB) Perak, Saarani Mohamad susulan ucapannya dalam satu perhimpunan di Menara Condong,  Teluk Intan baru-baru ini.

Memetik laporan Malaysiakini, Razman yang juga merupaka pesuruhjaya PAS Perak menjelaskan ucapannya yang didakwa menghina Saarani telah disalah tafsir.

Razman Zakaria mohon maaf gelar MB Perak biadab

Razman Zakaria Mohon Maaf

Foto: The Sun

“Saya mohon maaf kepada Yang Amat Berhormat Menteri Besar ‘sahabat saya’.
“Bukan Adun Bercham saja yang sayang MB, saya lagi sayang orang kampung saya,” kata Razman ketika membahaskan Belanjawan Negeri Perak 2025 dalam sidang DUN di Ipoh hari ini.

ADUN Bercham, Ong Boon Piow kemudian mencelah dan mempersoal jika Razman menyayangi MB, mengapa beliau menggelar Saarani biadab.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Namun begitu, Razman menjelaskan ucapannya pada hari berkenaan telah diambil di luar konteks sehingga menyebabkan berlakunya salah faham.

“Kenapa ADUN Bercham emosi sangat. Sebab itu, MB saya ucap terima kasih. Kalau terasa atas ucapan saya, saya minta maaf.
“Saya tahu dia ‘sahabat saya’. Saya tahu Saarani, agama dia tinggi. Saya minta peruntukan untuk maahad tahfiz dia bagi, saya minta bagi kereta baru kepada ketua pembangkang, mana nak cari MB begini,” jelasnya.

Semasa membentangkan belanjawan negeri tiga hari lalu, Saarani telah meluahkan rasa terkilan kerana pentadbiran Perak telah digelar ‘biadab’ oleh individu tertentu.

Foto: The Star

Katanya, pelbagai kejayaan yang dikecapi kerajaan negeri selama ini bukan sahaja tidak dihargai malah sebaliknya ditutup dengan ‘perasaan kebencian’.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kerajaan ini dihina dengan gelaran ‘kerajaan tidak boleh diharap’. Seolah-olah kerajaan yang saya pimpin ini tidak pernah berbuat apa-apa kepada rakyat.
“Malah saya sebagai menteri bsar pula dilaber dengan cacia ‘MB biadab’ seolah-olah saya sedang melakukan penindasan dan penganiayaan ke atas rakyat,” ujarnya.

Sumber: Malaysiakini

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan oleh polis hari ini bagi siasatan berhubung dakwaan menghina Islam di media sosial. Menurut laporan...

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd