Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dicabar Muhyiddin Yassin, Zahid Hamidi Tak Gentar Disiasat

Baru-baru ini, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disiasat  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya nak cabar SPRM untuk siasat, siasat presiden PKR dan presiden Umno. Siasat di mana punca dana yang diterima oleh Umno dan PKR. Di manakah sumber (dana) yang mereka peroleh,” katanya Muhyiddin Yassin.

Pun begitu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tidak gentar sekiranya pihak SPRM mahu menyiasatnya berhubung dana politik diberikan kepada PKR dan parti miliknya.

Ahmad Zahid berkata, beliau bersedia disiasat terhadap apa-apa jua pertuduhan selain bersedia pada bila-bila masa mahupun mana-mana pihak mahu berbuat sedemikian.

“Saya sentiasa terbuka, saya pernah disiasat, saya pernah dibawa ke mahkamah. Saya bersedia pada bila-bila masa,”ujarnya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid sempat menitipkan pesanan kepada Muhyiddin berhubung beberapa dakwaan yang sedang dihadapi oleh beliau pada masa ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Namun (Muhyiddin) jangan seperti menepuk air di dulang, tentu muka kita terpercik. Jangan juga meluduh ke langit, pasti ludah itu terkena muka sendiri.
“Oleh itu, hadapi apa jua sebab saya pernah hadapinya sebelum ini. Saya ucapkan selamat berjaya kepada beliau,” katanya lagi.

Terdahulu, Muhyiddin dilaporkan mencabar SPRM untuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, siasatan juga harus dilakukan terhadap kedua-dua pemimpin itu serta sumber kewangan mereka dan bukannya tertumpu kepada Bersatu sahaja.

Pada Jumaat, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen atas enam pertuduhan membabitkan empat menggunakan kedudukan mendapatkan rasuah RM232.5 juta dan dua kesalahan wang haram membabitkan RM195 juta.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan itu dibaca dan membayar ikat jamin sebanyak RM 2 juta.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang suami meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa isterinya, yang dikenali sebagai Nurul Ain Syakinah Abdullah terlibat dalam hubungan curang bersama bekas teman lelakinya, dikenali...

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Tular rakaman video memaparkan seorang lelaki didakwa berdua-duaan di rumah seorang wanita di sebuah apartment di Bukit Jelutong, Shah Alam pada Ahad. Menerusi satu...

Spotlight

Aktor Indonesia, Jefri Nichol mencuri perhatian apabila meluahkan rasa pelik selepas hantaran media sosialnya dibanjiri komen dalam dialek Kelantan daripada netizen Malaysia. Tak faham...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd