Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

“Dia Berjanji Tak Akan Buat Lagi” -Lesti Kejora Maafkan Rizky Billar

Selepas menarik balik laporan berhubung Keganasan Dalam Rumah Tangga (KDRT) yang dilakukan suaminya, Rizky Billar, pedangdut Indonesia terkenal, Lesti Kejora buat pertama kali selepas kes tersebut telah tampil ke media.

Suami janji tak buat lagi

Dalam perkongsian yang dibuat detikHot, Lesti memaklumkan yang suaminya sudah berjanji tidak akan melakukan hal itu lagi.

“Suami saya berjanji tidak akan mengulanginya lagi, jadi saya memutuskan untuk mencabut laporan ini,” ujar Lesti Kejora ketika ditemui di Polres Jakarta Selatan.

Ucap terima kasih kepada polis

Dia yang ditemani bapa, Endang Mulyana sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak berkuasa kerana begitu cepat dan cekap dalam menangani kes KDRT tersebut.

“Sebelumnya saya mau mengucapkan terima kasih kepada pihak kepolisian karena begitu cepat menanggapi dari mulai saya melapor, sampai proses berjalan dengan lancar dan pada akhirnya saya mencabut laporan,” tambahnya.

Berdamai dan buat perjanjian

Menurut sumber lagi, ketika Rizky dihadapkan ke muka umum, Lesti telah hadir bersama pihaknya dan ketika itulah berlaku perdamaian. Mereka juga berdamai tanpa sebarang campur tangan orang ketiga.

“Untuk perdamaian ini tidak ada intervensi dari pihak manapun. Bahkan dari pihak pelapor sudah di-BAP untuk restorative justice atau untuk mencabut laporannya. Ditanyakan dalam BAP itu apakah dia dalam tekanan untuk mencabut laporannya, dia nyatakan tidak ada dalam tekanan,” kata peguam Rizky Billar, Philipus Sitepu.

Lesti tak mahu suami ditahan

Peguam aktor tersebut juga mengatakan bahawa Lesti memang tidak mahu suaminya ditahan dan telah meminta perkara itu terjadi sehingga sanggup menunggunya ketika malam tersebut.

“Bahkan, dari pelapor sendiri, Lesti sudah menyampaikan bahwa dia tidak ingin Rizky Billar ditahan. Sebagai bentuk dia ingin Rizky Billar segera dikeluarkan dari tahanan dia mendampingi juga. Dia (Lesti) berjaga-jaga di bawah untuk menemani Rizky Billar,
“Dia berjaga-jaga di sekitar Polres,” jelasnya.

Difahamkan, Lesti dan suaminya telah membuat perjanjian sebelum memilih untuk menarik balik laporan berhubung KDRT yang dilakukan. Mereka juga sudah berdamai sebagai suami isteri.

Sumber: detikHot (prih prawesti febriani)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd