Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dewan Rakyat: Wan Ahmad Fayhsal Digantung Enam Bulan, Diiringi Bacaan Qunut Nazilah

Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal digantung selama enam bulan daripada persidangan Dewan Rakyat sambil diiringi dengan bacaan Qunut Nazilah oleh sebahagian ahli parlimen pembangkang yang lain hari ini.

Menerusi satu laporan Sinar Harian, bacaan Qunut Nazilah tersebut dipimpin Zulkifli Ismail (Perikatan Nasional-Jasin) yang juga merupakan salah seorang daripada pemimpin Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Melaka.

Foto: Kosmo!

Bacaan Qunut Nazilah secara lazimnya dibacakan dalam kalangan umat Islam ketika dalam situasi perang bagi mendoakan musuh agama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut dilaporkan bahawa pengantungan Wan Ahmad Fayhsal itu dibuat selepas Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengusulkan perkara berkenaan ekoran tindakan beliau yang membangkitkan surat layang ketika dalam perbahasan.

Foto: Berita Harian

Difahamkan, surat layang tersebut mengenai dakwaan yang dibuat ke atas penjawat awam dengan maklumat yang belum disahkan.

Untuk makluman, keputusan pergantungan itu dibuat selepas mendapat 110 undian daripada anggota parlimen dan kemudiannya diumumkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Johari Abdul hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo!

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sukan

Bintang sensasi Brazil, Neymar, mengumumkan pengakhiran karier antarabangsa selepas negaranya tersingkir di pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 apabila tewas 2-1 kepada Norway di...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd