Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Dekatkan Jurang Literasi Digital, Kerajaan Lancar Program AI Untuk Rakyat

Kerajaan lancar portal pembelajaran kendiri secara atas talian, ‘Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Rakyat’ hasil kerjasama dengan Intel Malaysia.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, AI Untuk Rakyat merupakan antara inisiatif kerajaan untuk mendekatkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Program pengetahuan asas tentang AI ini adalah terbuka untuk semua lapisan rakyat Malaysia secara percuma dan disediakan di dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Program AI Untuk Rakyat di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor hari ini.

Artikel lain: Selepas Empat Tahun, Gardenia KL Lancar Semula Program Lawatan Kilang Gardenia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rafizi menjelaskan, program ini boleh dilengkapkan mengikut tahap kelajuan masing-masing atau boleh dihabiskan dalam masa empat jam jika dibuat secara berterusan dengan pendekatan pembelajaran kendiri yang anjal.

Kerajaan lancar program AI untuk Rakyat

“Bagi golongan pelajar, program ini dapat menarik minat mereka untuk menceburi dan seterusnya membina kerjaya dalam sektor ini.
“Bagi golongan masyarakat yang lain, program ini dapat memberikan fahaman asas tentang AI agar kita lebih faham yang ianya adalah sebuah teknologi yang membawa manfaat kepada kita.
“Ia bukanlah seperti yang telah digambarkan oleh Hollywood dan digembar gemburkan sebagai teknologi yang akan mengambil alih fungsi manusia dan seterusnya menawan dunia,” ujarnya.

Tambah beliau, dengan memanfaatkan peluang ini, rakyat mampu membina ekonomi digital yang kalis masa hadapan sekali gus membolehkan Malaysia menjana nilai yang lebih tinggi di persada dunia.

Selain mempromosi di media sosial dan jabatan dan agensi kerajaan, Rafizi juga mengalu-alukan penglibatan sektor swasta untuk sama-sama menjayakan program ini selari dengan ‘a whole-nation approach’ di bawah kerangka MADANI.

“Sasaran kami adalah untuk mencapai 1 juta peserta dalam tempoh 3 tahun,” tambahnya lagi.

Jom mendaftar program ini di portal www.ai.gov.my dan bersama-sama kita bina masyarakat yang celik teknologi demi mencapai aspirasi menjadi negara berteraskan ekonomi digital menjelang 2030.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd