Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dakwaan Tular Tidak Benar! Tiada Pesta Kumbh Mela Di Bentong – ADUN

Dakwaan kononnya terdapat penganjuran Pesta Kumbh Mela di kawasan Bukit Tinggi, Bentong seperti video tular di media sosial adalah tidak benar dan tidak berasas.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabai, V. Arumugam berkata, semakan mendapati tiada sebarang penganjuran pesta keagamaan Hindu tersebut di Bentong mahupun di mana-mana kawasan di negeri Pahang.

Menurutnya, Pesta Kumbh Mela merupakan perayaan keagamaan Hindu yang hanya diadakan di India, khususnya di lokasi suci seperti Sungai Ganges serta beberapa bandar utama di negara itu.

Sehubungan itu, dakwaan bahawa pesta tersebut diadakan di Bentong adalah tidak benar dan tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau menjelaskan, kawasan yang diperkatakan sebenarnya terletak di atas tanah milik persendirian dan telah lama menempatkan sebuah tokong Cina yang wujud sejak kira-kira 25 tahun lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Katanya, sekitar awal tahun 2000, sebuah patung Dewa Brahma diletakkan berhampiran kawasan tersebut dan sejak itu penganut Hindu turut datang untuk melakukan sembahyang sama ada secara individu atau dalam kumpulan kecil.

Menurut beliau, kawasan bukit itu juga kadangkala digunakan oleh pengunjung untuk aktiviti kerohanian seperti meditasi dan yoga yang merupakan amalan biasa dalam kalangan komuniti spiritual tertentu.

Tapak tersebut kemudiannya dikenali sebagai Brahma Rishi Hill Temple, yang pada asalnya hanyalah sebuah kuil kecil bagi tujuan pemujaan Dewa Brahma serta aktiviti kerohanian,” ujarnya.

Tambah beliau, aktiviti keagamaan yang berlangsung di lokasi berkenaan hanyalah upacara sembahyang biasa mengikut kepercayaan penganut Hindu, termasuk amalan seperti upacara madi, iaitu membasahi badan dengan air sebelum memulakan sembahyang.

Jelasnya, amalan tersebut merupakan tradisi turun-temurun dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Pesta Kumbh Mela.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai video tular yang memaparkan individu berpakaian oren, Arumugam berkata individu berkenaan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pihak pengurusan tokong atau kuil di kawasan tersebut.

Individu itu dipercayai hanyalah seorang pengunjung yang hadir semasa satu upacara sembahyang yang diadakan kira-kira lima tahun lalu,” jelasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan salah faham serta mengganggu keharmonian masyarakat.

Katanya, masyarakat juga digesa menyemak kesahihan sesuatu maklumat sebelum berkongsi di media sosial bagi mengelakkan kekeliruan dan ketegangan yang tidak perlu.

Sumber: Facebook Cikgu Aru

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki dipercayai pemandu treler menangis teresak-esak selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan kenderaannya dan dua motosikal di Kilometer 1.2 Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE)...

Lokal

Dua lelaki warga asing ditahan polis susulan kematian seorang pelajar Kolej Vokasional (KV) Pertanian Teluk Intan yang maut akibat terhiris sabit berhulu panjang pada...

Sosial

Seorang wanita berdepan detik mencemaskan apabila didakwa diganggu seorang lelaki separuh bogel yang melakukan perbuatan lucah di dalam sebuah masjid di Bukit Siput, Segamat...

Sukan

Mahkamah Timbang Tara Sukan, Court of Arbitration for Sport (CAS) memutuskan tujuh pemain warisan negara dikenakan penggantungan selama 12 bulan, namun larangan itu hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd