Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cuaca Tidak Menentu, MetMalaysia Saran Kurangkan Aktiviti Luar

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) menasihatkan orang ramai untuk mengurangkan aktiviti luar dan tidak membuat aktiviti pembakaran terbuka disebabkan cuaca panas yang melampau di negara, pada ketika ini.

Foto: Utusan

 

Dipetik menerusi YouTube Astro Awani, Met Malaysia memaklumkan pembakaran secara terbuka dapat membahayakan kesihatan, menyumbang kepada suhu seterusnya membahayakan kesihatan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Taburan hujan berkurang di kebanyakkan negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
“Potensi peratusan hujan untuk turun di Sarawak adalah tinggi di hampir semua bahagian seperti di Kuching, Serian, Samarahan dan Sri Aman pada petang ini,” kata Met Malaysia.

Menerusi laporan tinjauan cuaca jangka panjang bagi bulan Mac hingga Ogos 2024, kawasan di Kapit, Bintulu, Betung dan Sibu  juga diramal hujan pada petang ini manakala di Semenanjung terdapat perbezaan angin ketara di pedalaman Pahang.

“Ini menjadi faktor pembentukan awan setempat sekali gus terdapat kebarangkalian berlaku hujan di negeri Pahang,” tambahnya.

Menurut Met Malaysia, negara berada dalam fasa Monsun Timur Laut (MTL) bermula pada 11 November 2023 dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024.

Dalam pada itu, bagi kawasan terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk pedalaman Perak, Pahang dan Kelantan ketika dalam fasa akhir MTL dan secara kelazimannya akan mengalami litupan hujan dan taburan hujan yang berkurang.

Pengurangan hujan atau ketiadaan hujan pada tempoh yang lama ketika fasa akhir MTL ini boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: YouTube Astro Awani, Laporan Met Malaysia

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita warga China yang sebelum ini tular kerana mencetuskan kekecohan dalam sebuah penerbangan AirAsia dilaporkan telah tiba di ibu negara dan kini aktif...

Sukan

Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake,...

Sukan

Bekas bintang Arsenal dan Real Madrid, Mesut Ozil mengakui beliau cukup menggemari makanan pedas dan tidak sabar untuk mencuba lebih banyak hidangan tempatan sepanjang...

Lokal

Harga runcit petrol RON97 naik lima sen seliter kepada RM4.90 manakala RON95 tanpa subsidi turut meningkat 10 sen kepada RM3.97 bagi tempoh 30 April...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd