Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Suami Sepatutnya Jadi Pelindung’ – Isteri Pempengaruh Bengah, Cik Bunga Luah Terkilan Dakwa Dimalukan

Pempengaruh media sosial terkenal, Bengah, kini menjadi perhatian selepas didakwa memalukan isterinya ketika bersiaran langsung di media sosial baru-baru ini.

Cik Bunga dakwa dimalukan suami

Dalam siaran tersebut, Bengah dikatakan mengeluarkan kenyataan yang menjatuhkan maruah isterinya di hadapan penonton, sekali gus mencetuskan tanda tanya mengenai keadaan sebenar rumah tangga pasangan itu.

Tidak lama selepas kejadian berkenaan, isterinya yang juga personaliti media sosial, Cik Bunga, tampil memuat naik beberapa hantaran penuh emosi di Instagram Story pada Rabu.

cik bunga

Dalam perkongsian itu, Cik Bunga meluahkan rasa kecewa dan tekanan emosi yang didakwa telah lama dipendam, selain menyentuh tentang cabaran hidup bersama keluarga mentua yang dipercayai menjadi antara faktor kepada keretakan hubungan mereka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Curang Di Klinik Kesihatan: Isteri Periksa Lokasi, Sangka Suami Terlibat Kemalangan – “Lama Dia Kat Situ”

Antara hantaran yang menarik perhatian ialah ketika Cik Bunga menulis ayat,

“Suami sepatutnya menjadi pelindung, kan?”

Ianya seolah-olah menggambarkan rasa terkilan terhadap tindakan Bengah yang didakwa memalukannya secara terbuka. Ungkapan ringkas namun sarat makna itu mencerminkan perasaan kecewa dan luka hati yang sedang dilaluinya.

cik bunga

Bengah, atau nama sebenarnya Hammad, bukanlah nama asing dalam dunia media sosial tempatan. Dia pernah menerima pengiktirafan sebagai Penerima Anugerah Personaliti Media Sosial pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30, dan dikenali ramai dengan celotehnya yang menghiburkan bersama adiknya, Cik Piya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Duo adik-beradik itu sering menjadi perhatian kerana kandungan video santai dan lucu mereka di platform digital.

Cik Bunga dan Bengah dipercayai telah mendirikan rumah tangga sejak tahun 2017 dan mereka sering menampilkan imej bahagia dan saling menyokong antara satu sama lain di media sosial. Namun, perkembangan terkini memberi bayangan bahawa hubungan mereka kini berdepan ujian.

cik bunga

Dalam menghadapi situasi sebegini, penting bagi pasangan suami isteri untuk berkomunikasi dengan tenang dan mencari penyelesaian secara matang.

Setiap perbezaan dan salah faham perlu ditangani dengan berhemah tanpa melibatkan khalayak, agar maruah serta keharmonian rumah tangga yang dibina dapat terus terpelihara daripada pandangan umum.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram @lady.n.m

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd