Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Cheng Hoe Tinggalkan Selangor FC, Bakal Bimbing Kelab Thailand

Pasukan Gergasi Merah akan memulakan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024  dengan ketua jurulatih baharu selepas Tan Cheng Hoe meninggalkan pasukan itu untuk membimbing sebuah kelab bola sepak di Thailand.

Selangor FC  dalam satu kenyataan memaklumkan mereka telah mencapai persetujuan bersama Cheng Hoe untuk menamatkan kontrak beliau berkuat kuasa secara serta-merta.

Cheng Hoe tinggalkan Selangor FC

Artikel lain: Ranking FIFA: Pasukan Bola Sepak Thailand Di Tempat Pertama Asia Tenggara

“Selangor FC juga telah menerima bayaran pampasan berdasarkan kontrak beliau. Selangor FC berterima kasih kepada Tan Cheng Hoe atas usaha dan sumbangan beliau untuk kelab ini dan mengucapkan selamat maju jaya pada masa hadapan,” katanya.

Justeru, Selangor FC memaklumkan tempat Cheng Hoe bakal diisi oleh Nidzam Jamil selaku ketua jurulatih sementara manakala pihak pengurusan kelab akan menjalankan proses pemilihan terperinci bagi melantik ketua jurulatih yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sejak dilantik pada September 2022, Cheng Hoe telah membantu Selangor FC menjadi naib juara Piala Malaysia 2022 dan Liga Super Malaysia 2023, sekali gus memastikan Selangor FC layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) untuk musim 2024/2025.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd