Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

CGF Tawar Malaysia Ketuai Sukan Komanwel 2026, Berserta Dana RM602 Juta

Persekutuan Sukan Komanwel (CGF) telah membuka peluang untuk Malaysia bagi menggantikan Victoria, Australia sebagai tuan rumah Sukan Komanwel pada 2026.

Tawaran itu termasuk pelaburan kewangan yang besar iaitu sebanyak £100 juta bersamaan RM602 juta untuk menyokong penghantaran tempatan serta perancangan warisan yang lebih gah khususnya bagi edisi 2026.

Foto: Google

Menerusi laporan portal Bernama, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, pihaknya sedang menyediakan Kertas Kabinet, iaitu meliputi hasil kajian mengenai pelbagai aspek mengenai penganjuran sukan itu untuk diserahkan kepada Jemaah Menteri, bagi membuat keputusan keseluruhan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Presiden Sukan Komanwel Malaysia (CGA), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria, menjelaskan bahawa CGA Malaysia dan CGF telah berbincang berhubung peluang Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel bagi tahun 2026.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=811156907716145&set=a.633761348789036&type=3&ref=embed_post

“Kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel adalah pada tahun 1998. Oleh itu, CGA Malaysia berpendapat bahawa Kerajaan Malaysia harus mempertimbangkan peluang yang hanya hadir sekali seumur hidup ini.
“Dengan kemudahan bertaraf dunia yang sedia ada, Malaysia memiliki pakej untuk menganjurkan acara sukan antarabangsa Komanwel yang akan melibatkan 74 negara dan wilayah Komanwel.
“Penganjuran akan melibatkan perbelanjaan Kerajaan yang minimum dan membawa faedah sosio-ekonomi yang ketara kepada negara Malaysia.
“Ia juga akan meningkatkan taraf sukan Malaysia seperti yang dilakukan selepas Sukan 1998. Untuk tujuan ini, CGF dan CGA Malaysia telah menawarkan cadangan yang menarik kepada Kerajaan Malaysia.” jelasnya menerusi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam kenyataan mereka.

Sumber: Portal Bernama, Facebook Olympic Council of Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd