Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ceroboh Ruang Solat Lelaki, Warga Emas Diperintah Ke Hospital Bahagia

Mahkamah Majistret Georgetown memerintahkan seorang wanita warga emas yang menceroboh ruang solat lelaki di Masjid Jamek Ar Rahman, Batu Ferringhi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri selama sebulan.

Menurut YouTube Astro Awani, perintah itu dikeluarkan Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi bagi pemeriksaan terhadap tertuduh, Sofea Abdul Majid, 65 tahun, mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah, selepas mendapati keadaan wanita itu tidak stabil dan memerlukan pemeriksaan yang rapi.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita dengan berpakaian tidak menutup aurat memasuki ruang solat lelaki di masjid dan bertanya kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga menganggu kawasan kejiranan.

Foto: Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, tertuduh sebelum ini telah didakwa telah membuat pernyataan provokasi dengan niat disengajakan pada jam 10 malam, 12 Mac lalu untuk melukakan perasaan keagamaan orang tersebut.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 398 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama, jika disabitkan kesalahan boleh dipenjara selama tempoh 1 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan tertuduh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa dan kes akan disebut semula pada 19 April depan, sementara menunggu keputusan rawatan tertuduh.

Sumber: YouTube Astro Awani

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd