Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Cederakan Bekas Isteri Hamil Sehingga Koma, Peniaga Dihukum Penjara 10 Tahun

Mahkamah Sesyen Johor Bahru telah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun terhadap Rosmaini Abd Raof kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah Nordin@Sylvester, 46, sehingga koma tiga tahun lalu.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Berita Harian, lelaki berusia 41 tahun itu didakwa sengaja mencederakan Jahidah yang sedang hamil dengan memukul kepala, muka dan tangan serta menghentak kaki pada bahagian belakang badan.

Hakim Fatimah Zahari membuat keputusan selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam perbicaraan selama tiga tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selepas mendengar, menimbangkan dan meneliti semua keterangan, dokumen serta hujahan bertulis semua pihak, selain mitigasi pembelaan dan hujahan pendakwaan, tertuduh disabitkan bersalah,” kata hakim.
“Oleh itu, tertuduh dihukum penjara 10 tahun penjara bermula tarikh sabitan hari ini,” katanya hari ini.

Foto: Harian Metro

Terdahulu, peguam tertuduh Mohd Salleh Togimin memohon hukuman ringan berikutan lelaki yang juga peniaga itu mempunyai sakit jantung.

“Tertuduh bekerja sendiri dengan pendapatan tidak tetap menanggung dua isteri dan lapan anak berusia antara dua hingga 19 tahun.
“Malah tertuduh ditahan di penjara selama setahun dua bulan dengan keluarga terpaksa mengumpul wang untuk menjaminnya keluar sebelum ini,” ujarnya.

Kes tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Jalan Tani, Kampung Aman, Larkin pada jam 4 pagi, 4 Mei 2021.

Rosmaini didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 325 dan 326A Kanun Keseksaan , yang memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun dan denda, manakala Seksyen 326A memperuntukkan hukuman penjara bagi tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes tersebut menggemparkan negara kerana ketika kejadian, Jahidah yang hamil dipukul sehingga koma.

Selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Jahidah yang juga bekas kakitangan sebuah jabatan kerajaan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam keadaan koma, dia kemudian selamat melahirkan bayi lelaki bernama Eshan Nufail secara pembedahan pada 30 November 2021.

Sumber: Berita Harian ( Mohamed Farid Noh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pertemuan dua gadis sebaya, Putri Qisya dan Keisya, menarik perhatian netizen apabila wajah mereka kelihatan sangat seiras hingga ramai menyamakannya seperti pasangan kembar. Momen...

Sosial

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Prince Syed menyambut hari ulang tahun kelahiran kali ke-33 penuh meriah dengan memotong sebiji kek bertatahkan emas 916 berjumlah...

Dunia

Hasrat seorang anak untuk membawa ibunya bercuti berakhir dengan tragedi memilukan apabila wanita itu maut selepas dilanggar anak kandungnya sendiri di tepi jalan, ketika...

Sosial

Dua individu yang juga pengasas eHati International Sdn Bhd, Diyana Tahir dan Rahim Shukor, telah ditahan pihak polis selepas selesai memberi kenyataan di Ibu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd