Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Cedera Disimbah Asid, Faisal Halim Akan Terlepas Baki Perlawanan Kelayakan Bulan Depan?

Pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang mengalami kecederaan serius akibat disimbah asid dijangka akan terlepas baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 bersama-sama skuad Harimau Malaya.

Harian Metro melaporkan, skuad kebangsaan bakal berhadapan dengan tugas berat memandangkan tonggak utama pasukan berkenaan perlu direhatkan untuk masa lebih lama sekali gus tidak dapat menyertai perlawanan menentang Kyrgyztan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun.

Foto: IG Faisal Halim

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, Faisal yang mengalami kecederaan serius perlu memberi perhatian lebih terhadap kesihatan dirinya berbanding bola sepak buat seketika waktu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Beliau dalam keadaan sedih, tapi Insya-Allah saya rasa beliau berjiwa kental.
“Yang pentingnya saya kata kepada Faisal tadi (semalam), lupakan seketika bola sepak untuk pastikan beliau cepat sembuh dalam tempoh beberapa bulan mendatang selepas terkena asid pada badan beliau,” katanya pada Ahad.

Selain meluahkan rasa kesal terhadap insiden yang menimpa Faisal dan seorang lagi pemain Akhyar Rashid, beliau juga berharap agar suspek yang terlibat dapat dikenal pasti sekali gus dikenakan tindakan selanjutnya.

Foto: Utusan Malaysia

“Saya berpendapat bagi pihak diri saya mahupun FAM, berasa sedih dan kesal. Perkara ini terjadi kepada dua pemain dan kedua-dua ini adalah pemain kebangsaan iaitu Akhyar Rashid dan Faisal Halim.
“Kita harap siapa yang bertanggungjawab itu dapat dikenali pasti agar pihak berkuasa boleh mengambil tindakan secepat mungkin.
“Saya dan seluruh peminat peminat bola sepak mendoakan supaya Faisal dan Akhyar cepat sembuh,” ujarnya.

Terdahulu, Akhyar yang juga merupakan pemain pinjaman Terengganu FC (TFC) telah menjadi mangsa samun dan mengalami kecederaan di bahagian kaki pada Khamis lalu.

Sumber: Harian Metro (Amirul Fazli Zulkafli)

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh Nadhirah Suhaimi

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengorbanan seorang bapa dalam sebuah keluarga tidak ternilai jasanya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi melihat orang yang disayangi tersenyum gembira. Anak sebak, bapa...

Dunia

Presiden Republik Islam Iran, Masoud Pezeshkian menghubungi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memohon jasa baik Malaysia menyampaikan pendirian mereka buat negara-negara Islam...

Lokal

Seorang pengarah JKR (Jabatan Kerja Raya) bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Jalan Duta esok atas pertuduhan rasuah melibatkan ratusan ribu ringgit, kata...

Nasional

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tampil menjelaskan dakwaan melibatkan beberapa warga Pakistan peroleh kad pengenalan biru adalah kes lama yang kembali ditularkan di media sosial....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd