Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Carum PERKESO Jadi Prasyarat Baru Permohonan Lesen FINAS – Steven Sim

Carum dan daftar Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dikuatkuasakan sebagai prasyarat baru untuk sebarang kelulusan permohonan Sijil Perakuan Penggambaran (SPP) atau lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong berkata ini merupakan langkah yang proaktif hasil kerjasama antara Perkeso dan dan FINAS menerusi Kementerian Komunikasi.

Foto: Berita Harian

Menurut Sim , langkah ini amatlah bertepatan kerana ramai penggiat seni perfileman yang turut berdepan dengan risiko bencana kerja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, caruman dan pendaftaran Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) berperanan sebagai penampan terbaik terhadap sebarang kesan luar jangka yang dapat merencatkan penggiat dalam sektor ini.

Kata beliau, industri seni memberikan sumbangan kira-kira 1.9 peratus atau RM28.7 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Carum PERKESO jadi prasyarat baru permohonan lesen FINAS

Foto: The Star

“FINAS bersetuju menggariskan prasyarat daftar dan mencarum PERKESO bagi semua penggiat seni perfileman berikutan kebanyakan penggiat seni bekerja berdasarkan projek, tanpa mengira waktu hingga meningkatkan risiko kemalangan di tempat kerja.
“Melalui pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) antara PERKESO bersama Kementerian Komunikasi menerusi FINAS, ia berupaya menambah baik kebajikan penggiat seni.
“Selain itu, ia juga melindungi semua penggiat di bawah industri kesenian, terutama perfileman untuk mendapatkan perlindungan PERKESO,” katanya.

Artikel lain: MINDEF Beri Sumbangan Kepada 40 Penerima Sempena Sambutan Hari Raya

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatangai Memorandum Persefahaman (MoU) antara PERKESO dan FINAS di Kuala Lumpur pada Selasa.

Tambah Sim, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berharap agar penggiat seni yang lain seperti piecemeal, stringer, penerbit rancangan, penyanyi dan pempengaruh turut mencarum PERKESO.

Foto: Free Malaysia Today

“Tidak dilupakan kepada persatuan industri kreatif yang terlibat di bawah sektor kesenian untuk mencarum PERKESO bagi menjamin keselamatan sosial pekerjaan mereka,” katanya.

Untuk rekod, seramai 3,120 individu daripada sektor kesenian di Malaysia merupakan pencarum aktif SKSPS setakat 12 April lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Sim turut mengumumkan inisiatif baru di bawah SKSPS iaitu Bantuan Khairat Kematian (BKK) berjumlah RM1,000 untuk menampung kos pengebumian pencarum SKSPS.

Inisiatif yang berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu diwujudkan bagi kematian yang berlaku sepanjang tahun meliputi 20 sektor di bawah skim berkenaan.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd