Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bukan Dipaksa, Nenek Akui Ketagih Kaut Untung Mandi Lumpur

Sejak kebelakangan ini, tular live streaming dari negara jiran yang memaparkan warga emas bermandi lumpur dek kerana mahu meraih gift daripada penonton.

Kegiatan itu mengundang amarah ramai kerana konten mandi lumpur yang tular itu seakan tidak mempunyai perikemanusiaan lebih-lebih lagi ia melibatkan ahli keluarga seperti ibu, bapa dan juga nenek.

@pejuangsikspack

kasian banget… emang cucu ajg 😡😡😡🗿 #mandilumpur #ngemisonline #neneksihir

♬ Untukmu Aku Bertahan – Afgan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nenek akui ketagih mandi lumpur, tak nak kerja di sawah

Terbaharu, seorang nenek berusia 55 tahun mengaku lebih memilih mandi lumpur secara langsung di aplikasi TikTok berbanding bekerja di sawah.

Nenek dikenali Layar Sari atau Inak Mawar dari Lombok Tengah, Nusa Tenggara Barat, Indonesia memberitahu ketagihan mandi lumpur mampu memperoleh 1.5 juta rupiah (RM425.35) dengan hanya melakukan live selama sejam sahaja.

Katanya, dia cuma perlu duduk di dalam kolah yang dipenuhi air lumpur lalu menyiram ke seluruh tubuhnya memandangkan kedua-dua buah akaun TikTok diuruskan oleh jirannya dikenali Sultan Ahyar.

“Saya dapat 9 juta rupiah (RM2,554) setelah sembilan kali membuat live. Daripada pergi bekerja di sawah dari pagi sampai petang, saya hanya diberi 35,000 rupiah (RM9) sahaja,”ujarnya.

Tak pernah demam pun…

Dalam pada itu, Inak Mawar mendedahkan sepanjang terlibat dalam aktiviti berkenaan, dia tidak pernah mengalami demam atau selesema walaupun duduk dalam kolah berjam-jam sambil menyiram air ke badannya dari pagi sampai petang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Inak Mawar berkata, wang yang diperoleh daripada mandi lumpur di TikTok itu digunakan untuk membayar hutang bank serta membeli mainan untuk enam cucunya. Selebihnya, digunkana untuk membeli barangan keperluan harian.

Dedahnya lagi, dia pernah menangis dan merayu kepada jirannya untuk melebihkan masa live di TikTok kerana mahu mencari lebih banyak duit.

Terdahulu, portal melaporkan pemilik akaun TikTok @intan_komalasari92  tidak pernah memaksa pelakonnya untuk mandi lumpur. Menurut Intan, wang yang diperoleh daripada melakukan siaran langsung di TikTok itu dikongsi bersama pelakonnya.

Sumber: detik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Jadi diri sendiri

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Akaun media sosial milik pelawak kelahiran Malaysia, Uncle Roger telah digantung oleh pihak berkuasa China selepas bergurau senda mengenai Beijing dan menjadikan isu Taiwan...

Dunia

Selain di Malaysia, negara jiran, Indonesia juga sedang dilanda ‘demam’ Coldplay apabila masing-masing masih heboh bercerita tentang konsert band dari United Kongdom itu yang...

Spotlight

Bekas isteri kepada penyanyi Indonesia, Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka difahamkan telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki lain kelmarin. Belum setahun menjanda Menerusi...

Spotlight

Konsert dari band terkenal British, Coldplay yang bakal berlangsung pada November buat julung kalinya telah mendapat pelbagai respon termasuklah mereka yang membantah pengajurannya. Sedar...

Advertisement