Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Budak 12 Tahun Juara Pertandingan ‘Junior Skills Malaysia 2023’

Seorang budak berusia 12 tahun dinobatkan sebagai juara bagi pertandingan ‘Junior Skills Malaysia 2023‘ menewaskan sembilan pencabar dari sekolah menengah dan kolej vokasional dalam bidang ‘Electrical Installations’.

Menerusi laporan Sinar Harian, Nur Saif Ammar Noor Soudiqqin membawa pulang wang tunai RM1,000 menerusi Majlis Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri dan Anugerah Tokoh Mahir 2023 anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia pada Jumaat lalu.

Junior Skills Malaysia 2023

Artikel lain: Murid Tingkatan 1 Menang The Queen’s Commonwealth Essay Competition 2023

Menurut ibu bapa kepada murid Sekolah Kebangsaan Undang Jelebu, Negeri Sembilan ini iaitu Noor Soudiqqin Ismail dan Nor Azireen Tumiran, anaknya menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang juruterbang namun, sentiasa menunjukkan minatnya dalam bidang elektrik sejak prasekolah lagi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Noor Soudiqqin Ismail yang juga merupakan pensyarah bidang Teknologi Elektrik di Kolej Komuniti Jelebu mendedahkan Nur Said Ammar mula ‘jatuh cinta’ terhadap bidang elektrik mula terbentuk selepas melihat dia melatih pelajar-pelajar dalam pelbagai pertandingan dan kerap mengikutinya melakukan kerja-kerja pendawaian elektrik.

“Ammar sebenarnya bercita-cita menjadi seorang juruterbang, namun dia sentiasa menunjukkan minat dalam bidang elektrik.
“Justeru, saya menggunakan pengalaman selama 15 tahun sebagai pensyarah untuk menjadi jurulatihnya dan memberi pendedahan dengan menyertai pertandingan peringkat tertinggi untuk mengasah bakatnya.
“Alhamdulillah, penyertaan kali kedua ini membuahkan hasil dan kami sekeluarga sangat bersyukur atas kejayaan ini.
“Sebagai bapa, saya sentiasa menyokong apa jua cita-cita anak-anak saya, namun saya sering menekankan bahawa ilmu kemahiran ini penting untuk kehidupan di masa hadapan,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, dia turut menjelaskan anak lelakinya berhasrat untuk terlibat dalam pertandingan World Skills Asia di Abu Dhabi bermula 27 hingga 29 November nanti, namun tidak kesampaian kerana menghadapi beberapa rintangan.

Pun begitu, Nur Said Ammar turut berharap dia diberi harapan untuk menjadi wakilMalaysia ke pertandingan World Skills Competition di Lyon, Perancis pada tahun 2024.

Sekadar info, pada tahun 1991, Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri telah mula diperkenalkan bagi mengiktiraf individu yang cemerlang dalam bidang kemahiran atau pendidikan vokasional dan teknikal (TVET).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anugerah itu juga merupakan anugerah tertinggi dalam pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan.

Sumber: Sinar Harian (Nurbaya Abdul Rezak)

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Sosial

Kenyataan pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul, yang mendakwa satu produk minuman mampu menurunkan kolesterol serta paras gula dalam darah mencetuskan kecaman netizen. Mana tidaknya,...

Dunia

Pertandingan E-sukan di Sukan SEA ke-33 bertukar hangat apabila satu isu serius membabitkan disiplin pemain mencuri tumpuan ramai. Seorang atlet wanita Thailand bagi acara...

Sosial

Seorang lelaki tampil memberi penjelasan susulan tular insiden membabitkan sebuah Toyota Alphard dan penunggang motosikal di Taman Johor Jaya di Johor Bahru yang berakhir...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd