Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bomba Ambil Hampir 12 Jam Padam Kebakaran Belukar Di Puncak Bukit

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengambil masa hampir 12 jam untuk memadamkan kebakaran belukar yang meliputi kawasan seluas kira-kira 6.8 hektar termasuk puncak bukit di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh, petang Khamis.

Menurut laporan Malaysia Gazette, Komander Operasi, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Khairulnizam Mohamad Anuar mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan 999 mengenai kejadian tersebut.

Bomba berjaya padam kebakaran selepas hampir 12 jam

12 Jam

Foto: Bomba Melaka

Seramai 29 anggota bomba dari empat balai bomba iaitu Ayer Keroh, Bukit Katil, Melaka Tengah dan Tangga Batu bersama 10 aset memadam api dan menyelamat dikerahkan ke lokasi kejadian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebaik tiba, didapati berlaku kebakaran belukar dengan anggaran keluasan tiga ekar (1.2 hektar) terbahagi kepada tiga kawasan iaitu Kawasan A di puncak bukit sebelah Condominium Muzaffar Height (Kawasan B) dan pencawang Tenaga Nasional Berhad (Kawasan C).
“Jentera dari balai bomba Ayer Keroh melakukan pemadaman dari atas puncak bukit menggunakan dua aliran hos sepanjang 500 kaki (152 meter) dari tangki air jentera dan dibantu jentera balai bomba Tangga Batu,” katanya.

Foto: Bomba Melaka

Menurutnya, bagi kawasan B dan C, bomba mengawal dan memadam api menggunakan dua aliran hos sepanjang 91 meter dari jentera tangki kaedah pemerap api.

“Faktor angin kuat, cuaca kering dan panas menjadi antara punca api merebak dengan pantas dan bomba terpaksa mengambil masa yang lama untuk memadam kebakaran sehingga ia merebak kepada seluas 17 ekar (6.8 hektar).”

Artikel lain: Lima Beranak Rentung, Kediaman Musnah Dalam Kebakaran

“Dalam operasi ini, pihak Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) juga memberi bantuan sumber air dengan membuka pintu tangki air yang terdekat sehingga operasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 5.28 pagi tadi,” tambahnya.

Operasi pemadaman turut dibantu oleh 22 anggota dari agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perhutanan Negeri Melaka dan SAMB, dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular satu rakaman  kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan....

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Video seorang pak cik lempar petai atas jalan tular di media sosial apabila dipercayai kecewa selepas tidak dibenarkan berniaga di lokasi tersebut oleh penguat...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd