Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Boikot Starbucks Malaysia Hanya Merugikan Rakyat – Vincent Tan

Orang ramai diminta menghentikan kempen boikot Starbucks Malaysia kerana tindakan tersebut dikatakan akan merugikan rakyat di negara sendiri sahaja.

Artikel lain: Kedudukan Syarikat Kian Terjejas, CEO Starbucks Rayu Hentikan Protes

Henti boikot Starbucks Malaysia

Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun berkata, orang ramai perlu mengetahui Starbucks Malaysia adalah syarikat milik negara.

Jelasnya, tiada seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat Starbucks Malaysia termasuk hampir kesemua pekerja adalah Muslim.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya rasa mereka semua yang boikot Starbucks Malaysia harus tahu bahawa ia adalah syarikat milik Malaysia.
“Kami tidak mempunyai seorang pun warga asing yang bekerja di ibu pejabat. Di kedai, 80 hingga 85 peratus pekerja adalah Muslim. Boikot itu tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.
starbucks malaysia boikot

Kredit Foto: NSTP/HASRIYASYAH SABUDIN

Pun begitu, Vincent berkata situasi berkenaan semakin berubah dan mendapati sedikit peningkatan dalam jualan syarikat minuman kopi itu.

Beliau juga menjangkakan, pada suku ketiga tahun kewangan 2024 akan menunjukkan peningkatan dalam jualan.

Terdahulu, bagi suku kedua TK24, Berjaya Food Bhd melaporkan penurunan pendapatan suku-ke-suku tahun sebanyak 35 peratus kepada RM183 juta dan kerugian selepas cukai dan kepentingan minoriti kira-kira RM42 juta.

“Ya, ia mempunyai sedikit impak kepada kami tetapi kini sekurang-kurangnya ia bertambah baik dan seperti yang saya katakan ia semua milik rakyat Malaysia. Ia dikendalikan oleh rakyat Malaysia. Ia hanya francais, ia bukan milik orang Amerika,” katanya.

starbucks malaysia boikot

Sumber: NST ( Presenna Nambiar )

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Turkiye pada Khamis menyifatkan campur tangan Israel terhadap flotila bantuan kemanusiaan ke Gaza sebagai “tindakan lanun”, sambil menegaskan pihaknya sedang mengambil semua langkah perlu...

Dunia

Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan setakat 7 malam waktu Malaysia, kapal Tam Tam tidak dipintas, namun dirosakkan oleh rejim Israel, dengan semua aktivis...

Lokal

Persiaran Pantai Sinaran di kawasan pembangunan The Light City, Gelugor kini secara rasmi dinamakan semula sebagai Persiaran Chin Fung Kee, sebagai tanda penghargaan terhadap...

Spotlight

Penyanyi tersohor Indonesia, Krisdayanti menzahirkan kekaguman terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar yang disifatkan sebagai figura wanita berprinsip serta berintegriti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd