Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Blood Brothers: Bara Naga – Aksi Mendebarkan, Temui Penonton 10 April Ini

Sempena musim Aidilfitri ini, Skop Productions dengan kerjasama Primeworks Studios membawakan sebuah filem aksi yang penuh dengan ketegangan dan drama, Blood Brothers: Bara Naga mengangkat kisah dunia mafia yang jarang diterokai dalam industri perfileman tempatan.

Filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia mulai 10 April 2025 dengan tayangan awal eksklusif bermula 8 April 2025 di 146 lokasi terpilih.

Aksi, Persaudaraan & Pengorbanan dalam Dunia Gelap Mafia

Di bawah arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, Blood Brothers: Bara Naga menjanjikan pengalaman yang penuh emosi dan intensiti.

Filem ini membawa penonton menyelami perjalanan Ariff (Syafiq Kyle), seorang pemuda yang direkrut oleh Ghaz (Sharnaaz Ahmad) untuk bekerja di bawah Dato Zul (Wan Hanafi Su), seorang ahli perniagaan yang juga ketua Mafia Naga.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ketika Ariff mengangkat sumpah setia sebagai pengawal elit dalam organisasi Silent Guard, dia menjadi Blood Brother kepada Ghaz.

Namun, segalanya berubah apabila satu pengkhianatan besar berlaku, dan Ariff tiba-tiba dituduh sebagai pembelot dan kini, dia bukan sahaja perlu melarikan diri tetapi juga mencari cara untuk membuktikan dirinya tidak bersalah.

Dengan aksi yang mendebarkan dan jalan cerita yang penuh kejutan, Blood Brothers: Bara Naga menampilkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Andy Teh, Irfan Zaini, Zamarul Hisham, Ray Dap Dap, dan ramai lagi.

Dalam sidang media tayangan perdana di IOI City Mall, Putrajaya, pengarah Syafiq Yusof berkata,

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan filem ini, dan setiap babak dirancang dengan teliti untuk memberi impak maksima kepada penonton.”

Pengarah bersama Abhilash Chandra, turut menambah,

“Filem ini bukan sekadar aksi, tetapi juga kisah tentang kepercayaan, pengorbanan, dan makna sebenar persaudaraan.”

Malam tayangan perdana turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi, YB Datuk Ahmad Fahmi bin Mohamed Fadzil, serta tokoh-tokoh industri seperti Datuk Dr. Yusof Haslam, Datuk Hans Isaac, dan Puan Nini Yusof.

Sebagai pelengkap pengalaman sinematik ini, filem ini turut menampilkan lagu tema bertajuk Bara Jiwa, nyanyian Azlan Typewriter dan Muzza.

Lagu ini membawa mesej kekuatan dan semangat juang, seiring dengan tema filem yang menekankan persaudaraan dan kesetiaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Blood Brothers: Bara Naga bakal menemui penonton di seluruh Malaysia mulai 10 April 2025, dengan tayangan awal pada 8 April 2025.

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang pertama menyaksikan filem aksi tempatan yang dijangka mencetuskan fenomena ini.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd